Cerpen : Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

Malam itu aku tidah boleh melelapkan mata. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Isi rumah dan isi dunia,semunya telah lena diulit mimpi indah.Bintang-bintang telah malap,malam pekat lagi memekatkan. Tiada lagi kicauan burung atau rengekan manja cengkerik atau cicak. Hanya aku,kepala masih ligat berfikir itu ini. Resah gelisah.

Aku terngiang-ngiang perbualan singkat ibu dan ayahku siang hari tadi.Entah kenapa,aku jadi sayu.Sayu kerana aku sebagai seorang anak juga tidak mampu menolong.Justeru,apa gunanya aku sebagai anak,jika tidak mampu menolong orang tua ku? Persoalan itu melekat dimindaku. Memberat kepalaku. Air mataku berkaca-kaca menahan jatuh.Akhirnya kristal jernih mula menuruni lembah pipiku.Semakin laju.

“Bang, Pak Mail beritahu Mah tadi, hasil padi kita tak boleh jual lagi.Motor tu pulak enjin rosak, Aiman pun dua tiga hari lagi nak masuk universiti.Mana kita nak cari duit bang?”, ibuku berkata perlahan kepada ayahku.

Secara tidak sengaja,aku terdengar tatkala melintasi ruangtamu untuk ke dapur.

Ayah tidak membalas.Senyap.

Aku terpaku.Terfikir sejenak.

” Ayah, adik nak makan ayam, adik dah tak lalu makan telur kicap ni!.”rungut adikku suatu hari. Sudah 2 minggu kami sekeluarga berlaukkan telur dan kicap sahaja. Ibu memandang ayahku dengan sayu. Ada kolam air jernih di hujung mata cantik si ibu itu.

“Adik, kita kena bersyukur tau. Di Afrika sana, telur pun mereka tak jumpa! Kadang-kadang tu..sampai tak makan nasi langsung! Cepat cakap alhamdulillah!,” Aku mencelah.

Sengaja aku mahu padamkan keadaan dengan sedikit nasihat dan tarbiyah. Aku mahu adikku bersyukur atas segala apa yang keluarga kami ada. Cukuplah makanan yang sedikit,hidup yang sederhana.Asalkan Allah tidak dilupa,rumah bersinar dengan tarbiyah.Itu yang menjadi agenda ibu ayahku dalam membesarkan kami dua beradik di dalam rumah beratap zink ini.

“Oh, ibu dan ayahku betul-betul tiada duit”,aku membuat kesimpulan sendiri selepas mendengar perbualan mereka dan mengingat kembali sebab selama dua minggu ini kami hanya berlaukkan telur dan kicap.

Aku berasa bersalah. Kakiku yang tempang akibat kemalangan dua tahun lepas membuatku susah untuk berjalan ke sana sini.Ingin aku bekerja menolong orang tuaku,tetapi ibu dan ayahku tidak membenarkan aku berbuat demikian. Kos ubat-ubatan di tambah dengan kos bakal pengajianku di universiti nanti, membuatku rasa buntu. Terasa seperti ingin menolak tawaran belajar di universiti itu walaupun inilah masanya yang aku dambakan dan cita-cita yang aku doakan di setiap solatku.

Rasa sempit sekali untuk aku bernafas. Terasa aku sebagai beban orang tua ku. Aku nekad. Esok pagi,aku akan mencari kerja di kampung ini untuk dapat sedikit upah.Aku juga akan menolak tawaaran pengajian aku itu. Ya.keputusan telah dibuat.Hatiku naik turun. Menahan esak tangisanku. Aku kasihankan ibu dan ayahkuyang terpaksa berhempas pulas menyara kami adik beradik. Air mataku bercucuran,bahuku terhenjut-henjut menangis.Rasa dunia tidak adil kepada kami.

Aku mencapai terjemahan Al-Quran.Itulah sahaja tempat aku mencari ketenangan. Kalam-kalam sang Pencipta yang penuh hikmah dan ketenangan. Aku ingin mencari ketenangan sebelum aku tidur.

Sengaja aku bukak Al-Quran secara rawak.Dan mataku terus tertancap kepada ayat 36 surah Al-Syura.

Tangan aku mengingil.Badan aku membeku kemas. Mataku dikunci,tidak berkelip.Entah bila air mataku jatuh,kini membasahi ribaku. Hatiku tenang,setenang tiupan bayu di tepian pantai,seperti ombak memukul pantai dan daun berterbangan ditiup angin. Seperti itu ketenangan yang ku rasakan. Demi-Mu ya Allah, aku berasa tenang dan bersalah.Ampunilah hambaMu yang alpa ini Ya Allah!

Bahu ku terhenjut-henjut lebih laju lagi.Air mataku tidak dapat ditahan.Aku terasa kerdil dan mula melutut dan bersujud ke arah kiblat,kearah pusat dunia suci ,Kaabah. Sujud aku disertai tangisan yang membasahi papan lantai rumah usangku itu. Kembang kayu itu mennyerap air mata seorang hamba berdosa ini.Dengan mulut yang terketar-ketar, aku memohom ampun kepada NYA.Panjang sujud itu dan apabila dadaku terasa sesak untuk bernafas,aku bangun daripada sujud panjang itu.Muhasabah diri, mengelap air mata dan air hidungku,mencium kalam suci itu,letak dihatiku terasa hati begitu sejuk dengan sapaan cinta-NYA.Jujur, aku terasa resahku terjawab, cintaku berbalas.Ada DIA yang merancang semua ini. Kemiskinan.Ah..itu hanya ujian. Rugilah aku jika bersedih kerana dunia ini.

Orang yang miskin akan bersama Rasulullah saw dia akhirat nanti.Itu yang junjungan baginda bersabda dalam hadisnya.Aku menguntum senyuman.Berzikir dan berselawat sehinggalah mataku lelap. Aku bahagia.

Allah super hebat. Dengan satu ayat daripada surah Al-Syura sahaja, ia mengubah hidup dan persepsiku kini. Allah cintakan aku.Aku cintakan Allah juga.

Surah Al-Syura ; ayat 36 : Apa pun (kenikmatan ) yang diberikan kepadamu, maka itu adalh kesenang hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan ) yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.

***

Seluruh dewan universiti itu bertepuk tangan dengan gemuruh sekali. Aku melihat semua barisan bangun sambil menepuk tangan.Ada yang mengusap air mata mereka.Dan di sudut itu, ibu dan adikku berpelukan gembira.Ayah yang di atas kerusi roda tiga mengangguk-angguk senyum kepadaku sambil megelap airmatanya. Aku bagaikan terpaku.

Itulah motivasi aku sehingga aku dianugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama di universiti aku yang tercinta ini. Hanya satu kunci. Usaha dan tawakal.

Sekali lagi dan selamanya.Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

rumah-miskin

Advertisements

4 thoughts on “Cerpen : Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s