Cerpen : Pelangi di Negeri Agapios

Hijau. Gunung. Denai. Sungai.Awan. Matahari.

Mana asap? Mana Kilang? Mana kereta dan motosikal? Mana jalanraya?

Aku bingung. Inilah tempat yang Tuan Bujan campak aku dengan peneman setiaku, Caesera. Entah dinegeri mana aku dicampak.Aku menjadi bingung.Sebingung aku melihat keadaan negeri ini yang amat jauh beza sekali dengan negeriku, Dandelion. Kenapa Tuan Bujan begitu pentingkan diri? Aku hanya mahu berjuang untuk segarkan budaya Islam dalam negeriku. Aku hanya mahu tundukkan orang-orang busuk jahilliyah yang tak sedar dek untung mahu jatuhkan remaja-remaja naif di Dandelion! Aku kira ayahanda turut dibelakangku menyokong setiap agenda yang aku usulkan.Ternyata ayahanda juga berkomplot dengan Tuan Bujan, Panglima Kanannya untuk membuang aku jauh di negeri tiada nama ini supaya agenda mereka menakluk negeri Schellis berhasil dengan menyogok umpan hedonisme kepada remaja-remaja Schellis. Sungguh aku benci dengan perkara hasutan itu.

Tetapi sudah terlambat. Sesedar aku dan Caesera daripada pengsan yang entah berapa jam, Tuan Bujan dan konco-konconya sudah tiada. Tiada nota, peta atau kompas yang ditinggalkan. Yang ada hanyalah pakaian kami yang mungkin hanya cukup untuk seminggu. Termenung aku seketika. Bagaimana aku harus jalankan hidup di negeri asing ini tanpa bonda kesayanganku? Entah apa yang ayahanda lakukan kepada bonda di penjara Dandelion sana. Bonda dipenjarakan sejak projek menakluk negeri Schellis terbentuk. Bonda dan aku menentang habis habisan projek ayahanda. Rakyat negeri Scellis hidup dengan aman,sederhana dan masih utuh berpegang dengan syariat Islam. Aku risau jika remaja-remaja yang putih akidahnya dan akhlaknya menjadi hitam legam dek pengaruh yang bakal dibawa ayahanda,Tuan Bujan dan konco-konco seangkatan mereka.

“Tuan Puteri,dimanakah kita berada?”, pertanyaan Caesera  menyentak lamunanku. Aku berpaling senyum.

“Dimana pun juga, kita dibumi Allah,sayang”, ujar aku yakin.

Aku tidak punya ramai teman seperti normalnya kanak-kanak dan remaja lain. Aku ditemani dan diiringi dayang-dayang istana ke mana sahaja aku pergi.Merekalah rakan karibku dan tempat aku bersembang dan meluah kata. Caesera,seorang gadis yang dua tahun lebih tua daripadaku,namun menolak untuk aku memanggilnya sebagai kakak.Dialah teman paling rapatku selepas bonda.

Ya. Aku juga tidak tahu di negeri apakah ini.Apakah nama negeri ini. Bagaimana rakyatnya dan semuanya.Aku tidak tahu. Yang aku pasti dan yakin,dimana pun kaki kita berpijak, kita masih di “tanah” Allah. Semuanya milik Allah. Keyakinan itu yang aku pegang sejak kecil. Keyakinan yang ditanam kuat-kuat oleh bonda sejak aku masih kecil sehinggalah aku melangkah belajar jauh di hujung dunia 5 tahun lalu,di Toffita khusus dalam bidang Kognitif dan Psikologi,bidang impian ku.

Keadaan sunyi sepi.Kedengaran hanya deruan air lembah yang berada tidak jauh daripada kami.Tiada satu manusia pun yang terlihat.

Caesera tiba-tiba berkata, “Tuan Puteri, arwah ibu patik menasihati patik untuk mengikut saluran lembah kerana dimana ada sumber air pasti kita akan jumpa tamadun”.

“ Ya.Caesera.Beta juga fikirkan begitu.Ayuh kita mulakan perjalanan kita”,kataku.

Kami berjalan. Air sepanjang lembah itu sangat bersih. Tiada kotoran langsung,mungkin air ini boleh diminum terus oleh penduduk negeri ini.Berbeza sekali dengan negeriku,Dandelion. Setiap lembah, sungai dan sumber air semakin terjejas dek pembangunan dan pemodenan yang rakus kononnya untuk kebaikan rakyat dan ekonomi.

“ Ada ampaian di depan itu Tuan Puteri! “ , Caesera berkata separuh gembira.

Aku yang ralit melihat deruan air di lembah itu melihat kea rah yang ditunjukkan Caersera. Benar. Ada ampaian. Kami sudah menjumpai tanda-tanda kewujudan tamadun. Apa pun keadaan negeri ini, inilah tempat kami akan diami sebelum Tuan Bujan dan ayahanda menjemput kami.Itupun kalau dijemput.Jika tidak, hidup dan mati keringlah kami disini.

 

***

“ Mak Cik Yuri, ada orang datang!”, Aku melaungkan nama Mak Cik Yuri. Didepanku ada seorang lelaki separuh umur mencari Mak Cik Yuri. Mak Cik Yuri dan Caersera sedang membasuh baju di sungai belakang rumahnya.

Sudah 2 hari aku dan Caersera menumpang di rumah Mak Cik Yuri ini. Beliau sangat baik hati dan ramah orangnya. Beliaulah orang yang pertama menegur kami apabila kami tiba di negeri ini 2 hari yang lepas.

“ Saya Caesera , ini pula Tuan Puter…”,Caersera perkenalkan namanya dan tanpa sempat dia perkenalkan aku sebagai Tuan Puteri Negeri Dandelion,anakanda Sultan Roro,aku memotong.

“ Saya Agnella ”, aku kenalkan diriku dengan senyuman sambil menghulurkan tangan untk disalam.

Mak Cik Yuri menyambut baik salam kami. Kami menerangkan yang kami telah tersesat sehingga ke negeri ini.

“ Inilah Negeri Agapios,Negeri di bawah pemerintahan Pendekar Xanthelle. Negeri ini kecil sahaja dan terpisah dari negeri-negeri yang lain kerana apabila Sultan Roro yang kejam dari negeri Dandelion menakluki satu persatu tempat, baginda melepaskan negeri ini kerana kebijaksanaan Pendekar Xanthelle”, terang Mak Cik Yuri.

Aku menelan liur. Ayahanda ternyata dibenci ramai orang. Aku tidak boleh membiarkan identitiku diketahui.

“Oh, Pendekar. Silakan masuk.”, sapaan Mak Cik Yuri dibelakangku buat aku tersentak.

“Pendekar…… Xanthelle ? “, Gugup.Aku bertanya.

Sambungan cerpen : https://iasvoyage.wordpress.com/2013/02/07/348/

Advertisements

9 thoughts on “Cerpen : Pelangi di Negeri Agapios

  1. lepas tu?..cepat la smbung..pendekar xanthelle bercinta dgn agnella tu a?..pastu tgok2 putri tu anak sultan roro yg kejam tu?.pastu..pastu..haa..malas nk smbung crita ak ni.haha

    Like

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s