Diari “Cahaya yang Wangi”

3 Disember 2005

diary

Ayah menengkingku

Aku hanya mengajaknya solat berjemaah

Membaca satu dua kalimullah

Malah,kata cacian dan makian disimbah

Sampai bila ayah akan berubah?

Aku rindu ayah

Ayah yang dulunya tabah dan percaya Allah

sejak meninggalnya angah, ayah berubah

7 Disember 2005

Ayah tidak jamah masakanku

Malah kata ayah,masakanku rasa kaku

Aku tahu, sekaku perasaan ayah kepadaku

Ibu memujukku,katanya ayah memang begitu

Hatinya kaku,sekeras kayu

Tidak. Ayah bukan begitu,ibu

Ayah rindukan angah bukan aku

Tidak mengapa,Allah ada untukku.

10 Disember 2005

Zuhur lagi dan ayah lambat

Aku sengaja ingatkan ayah untuk solat

Ayah tidak bercakap walau satu kalimat

Menghempap pintu kuat-kuat

Tanda benci yang erat

Ya Allah bukakanlah hati ayah yang keras dan liat

Untuk menyembah-MU dan bertaubat

Sebelum ayah dijemput malaikat

12 Disember 2005

Masih hari sekolah

Aku pergi ke kelas tanpa salam dan cium dari ayah

Bukan seperti waktunya aku bersama angah

Ayah sekadar menghantarku di pagar sekolah

Tanpa memberi semangat walau sepatah

dan kereta ayah terus berlalu laju

Yang tinggal hanya asap dan kepulannya,menampar mukaku

14 Disember 2005

Hari ini anugerah cemerlang sekolah

Aku mendapat anugerah pelajar terbaik satu daerah

Telah ku khabarkan kepada ibu ayah

Datanglah tengok adik mngambil hadiah

Cukuplah sekadar senyum dan ucapan tahniah

Adik juga boleh seperti angah

Yang selalu cemerlang walaupun kadang kalah

Kenapa ibu ayah tiada menjengah?

16 Disember 2005  

Solatlah ayah, solatlah ayah, solatlah ayah

Aku sayang ayah

Marahlah. Tengkinglah.

Aku tidak mahu ayah dilempar ke apinya kawah

Tahajudku penuh dengan nama ayah

Ya Allah lembut kan hati ayah

18 Disember 2005

Aku dimarah teruk

Air mata yang ku pertahankan sekian lama berderai tiada arah

Hanya kerana aku menyentuh barang angah

Hanya kerana aku buka buku-buku angah

Hanya kerana aku tatap potret keluarga yang dahulunya penuh senyum megah

Kini hambar,kerana tiadanya angah?

Lalu mengapa ayah korbankan kepercayaan ayah kepada Allah?

Bukankah Allah sumber bahagia? Bukankah dunia sementara?

Kita masih ada Allah,ayah.

20 Disember 2005

Perbualan ibu ayah

Tentang rindunya kepada angah

Tentang manisnya senyum angah

Tentang segalanya,tentang angah

Aku mengundur langkah

Biarkan mereka berbicara tentang angah

Sehingga larut malam pekat menjengah

Aku tenung lama surat itu

“Tawaran belajar di Timur Tengah”

22 Disember 2005

Ibu gembira tidak terhingga

Ayah masih masam mencuka

Berpaling muka,mengerutkan segalanya

Bukan aku yang bunuh angah

Aku tekad.Biarkan aku hilang seketika

Di Sungai Nil yang luas tak terkata

Agar ayah tenang tanpa kerutan di muka

Melihat aku yang jelek di mata

23 Disember 2005  

Hari terakhir di Malaysia

Esoknya perjalanan bermula

Ibu ayah berjanji menghantarku; itu buat aku gembira

Melihat senyuman ibu ayah terakhir kalinya

Tatkala mereka berbicara lagi pasal angah,anak tercinta

Tidak mengapa

Senyuman itu aku akan bingkaikan dan letak di ruang hati yang tercalar luka

Tahajudku penuh nama mereka.

Supaya hati terbuka untuk menyembah-NYA

24 Disember 2005

Untuk ibu ayah tercinta

Walau kalian kurang bercakap dengan adik

Kurang bermesra dengan adik seperti waktu dulunya

Kurang bertanya itu ini dengan adik

Tidak mengapa, Allah buat adik kuat perkasa

Dengan hikmahnya dan doa-doa

Ayah,solatlah.Buanglah dunia yang seketika

Doalah supaya sekeluarga kita berjumpa di Jannah-NYA

Allah rindukan  untuk ayah meminta dan menangis kepada-NYA

Adik tidak bunuh angah, itu fitnah yang tiada tara.

***

Puan Azizah menangis semahu-mahunya. Encik Borhan memeluk isterinya, turut menangis seperti tiada hentinya. Penyesalan,kesedihan dan kerinduan semuanya bercampur menjadi satu. Kesal kerana terlalu menangisi dan merindui arwah angah sehinggakan tidak memberi perhatian kepada arwah adik yang dulunya sentiasa memujuk hati mereka selepas pemergian arwah angah. Segalanya telah terlerai.Bukan adik yang bunuh angah,angah yang lemas ketika mandi di sungai kampung itu. Encik Borhan menyesal kerana mempercayai cerita fitnah yang dibawa oleh Mat Topang.

“ Nur Abirah bt Borhan antara mangsa yang terkorban nahas pesawat Boeing 747 ke Mesir”, kenyataan yang terpampang luas di kaca TV malam itu mengejutkan Puan Azizah dan Encik Borhan dua hari yang lalu.

Diari kuning yang dipegang Puan Azizah diletakkan kembali ke dalam laci bilik milik arwah anaknya,Nur Abirah.Matanya merah dan bengkak.

“Azan dah bang, ayuh solat Jemaah.Selepas solat kita baca Al-Quran sama-sama ye?”, ajak Puan Azizah tatkala mendengar azan Maghrib berkumandang.

Encik Borhan senyum dan mengangguk.Hatinya tenang apabila dekat dengan Allah. Tahajudnya juga kian teratur.Tidak lupa juga solat taubat dan doa-doa yang mekar mewangi untuk puteri-puteri mereka yang sedang berehat di Jannah-NYA.

***

Adik tahu kenapa ibu ayah letakkan nama adik sebagai Nur Abirah?

Anak kecil itu menggeleng pantas. Tersenyum di atas riba ibunya,menyerlahkan lesung pipit dalamnya yang indah.

“Nur itu cahaya dan Abirah itu maksudnya wangi. Ibu harap sepanjang hidup adik,adik akan menjadi cahaya yang bukan sahaja terang tetapi juga wangi. Wanginya bukan sekadar bau,tapi wangi akhlak dan aqidah anak ibu ini”,Puan Azizah mencium pipi gebu anak kecilnya itu sebelum menggeletek pinggang Nur Abirah sehingga berderai ketawa dua beranak itu.

***

 

Advertisements

6 thoughts on “Diari “Cahaya yang Wangi”

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s