Kisah Promosi

Promosi. Maksudnya menguar-uarkan sesuatu.

Teringat nasihat Hilal Asyraf tentang promosi. Bukan beliau sahaja, segenap orang yang saya jumpa di event-event nutrisi Herbalife mengatakan JANGAN MALU UNTUK MEMPROMOSIKAN DIRI DAN KARYA.

Siapa tahu, dalam masa kita promosikan sesuatu tentang produk ataupun karya, ada hati-hati dan jiwa-jiwa yang terkesan dengan karya kita itu. Dengan produk kita itu.Atau dengan apa-apa sahaja yang kita promosikan.

Tidak perlulah semua orang kita paksa untuk terkesan,cukuplah promosi kamu itu memberi satu makna kepada seorang dua.

Jika tiada promosi,tiada orang tahu karya kamu.Tiada orang tahu produk kamu.Tiada orang tahu tentang kamu. Tapi janganlah berlebihan 😀

Riyaklah nanti,izni !

Riyak? Lawanlah perasaan Riyak. Itu mainan syaitan,kena angkat hati daripada tercemar dengan perasaan itu. Permainan syaitan : Tak payah la bagitau,nanti kau riyak! lagi berdosa! Haha. itu permainan syaitan.

Kenapa syaitan menghalang kita daripada menjadi matahari orang lain? Sebab takut hati dan jiwa manusia terbangun lalu menepis jauh ajaran dan bisikan mereka. Jadi,halanglah perasaan riyak.

Yang penting tetapkan dan pegang dengan niat dan matlamat sesuatu pekerjaan yang kita buat. Abaikan mulut manusia, yang penting bina saham akhirat,bina jalan untuk taqarrub dengan Allah.

#Hiruk pikuk burung,ayam mungkin promosikan bahawa waktu Zuhur bakal habis.Nah, mereka juga pandai promosi,hehe ^^

Motivated!
Motivated!
Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s