CERPEN

Sambungan Terakhir Cerpen : Pelangi di Negeri Agapios

Sambungan daripada https://iasvoyage.wordpress.com/2013/02/07/348/ 

Tuan Somi, selaku Menteri Strategi dan Pelaksanaan mengangguk-angguk tanda faham. Kertas yang diserahkan oleh Sultan Roro dibelek-beleknya lama.Otaknya ligat meletak wawasan untuk meruntuhkan Tamadun Schellis.

Suasana gamat di Schellis. Berita kemasukan komunis-komunis minda tersebar luas. Mereka sedar, remaja-remaja menjadi target utama askar-askar Dandelion.Apa tidaknya, intailah zaman kegemilangan Islam, dan zaman kegemilangan  tamadun yang lain ; semuanya bertulang belakangkan pemuda.

“Kuat!”

“Kita harus kuat!”

“Kita akan penuhkan masjid setiap waktu solat!”

“Penuhkan!”

“ Hafalan al-Quran kita tingkatkan!”

“Tingkatkan!”

“Sunnah Nabi kita amalkan!”

“Amalkan!”

“ Tahajud kita kerapkan!”

“Kerapkan!”

Satu kumpulan penggerak remaja yang digelar “Amirul Syabab” yang bermaksud “Pemimpin Pemuda” melaungkan kata-kata semangat untuk tidak terjebak dalam kancah binasa yang bakal dibawa askar-askar Dandelion. Bagi mereka,itulah senjata terbaik dalam berperang dengan musuh halus itu. Jati diri, pegangan dan semuanya berbumbungkan Allah dan Islam.

***

“Caesera, beta ingin bernikah dengan pemuda itu”,bisikku yakin kepada Caesera semasa kami bersama-sama menyediakan makan malam di dapur. Mak Cik Yuri berada di halaman rumah, menyapu kelopak-kelopak bunga yang jatuh gugur.

Caesera terpaku.

“Tuan Puteri, benarkah? Ini bukan budaya wanita Dandelion. Wanita harus ada maruah diri. Lagipun ayahanda Tuan Puteri pasti berang mendengarkan perkhabaran ini,” ujar Caesera lembut tapi tegas.Matanya membulat.Senyuman ku ukirkan lembut,minda menyusun kata.

“Caesera, benar. Ini bukan budaya wanita Dandelion. Lagi pula, beta tidak mahu menjadi wanita seperti wanita Dandelion, beta mahu menjadi wanita seperti Saidatina Khadijah r.a.”, aku menerangkan perlahan. Budaya Dandelion telah sebati dalan kehidupan Caesera.Itu hanyalah budaya.Tiada salahnya jika perempuan menyatakan hasrat dahulu berbanding lelaki.

Akhlak yang dibawa oleh pemuda itu terlalu bagus. Bermula dengan kejadian beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tersungkur, sehinggalah aku ternampak beliau menguruskan satu kumpulan usrah di tepian padang rumput. Hatiku tertaut,akhlaknya dan Islam nya buat aku jatuh hati.

“Caesera,Allah juga memberi petunjuk kepada beta bahawa dialah orangnya. Sudah 2 minggu berturut-turut beta solat istikharah memohon petunjuk. Ternyata,ketukan hati ini hanya boleh diredakan dengan sebuah lamaran. Tolong merisik khabarnya untuk beta ya Caesera?Pergilah bersama Mak Cik Yuri.Beta akan tunggu dengan sabarnya”, Pintaku sambil tersenyum.Hatiku bagaikan sebuah taman bunga yang subur disirami cahaya matahri,bunganya warna warni dan rama-rama berterbangan girang.

Caesera memegang tanganku,lembut dan tersenyum. Beliau mengangguk tanda setuju. Erat aku peluk sahabat aku yang satu itu,aku benar-benar berharap sebuah khabar gembira.

***

“Jadi, habiblah yang melaungkan azan di OneCentre setiap hari?”, aku terkejut apabila suamiku mengatakan yang beliaulah bilal OneCentre.Bilal yang menggetarkan hatiku ke tahap yang tidak pernah aku rasakan sebelum ini. Dialah suamiku kini. Allah Maha Pengatur,Maha Bijaksana.

Suamiku bernama Muhammad Asytar bin Muhammad Asad.Anak kepada Pendekar Xanthelle.Barulah aku tahu, nama sebenar Pendekar Xanthelle sebenarnya ialah Muhammad Asad. Xanthelle hanyalah gelaran hasil daripada idea beliau melepaskan negeri Agapios menggunakan tumbuhan alga bernama zooxanthellae.

Sudah dua hari usia pernikahan aku dan habibku,Muhammad Asytar. Dua hari itu bagaikan dunia yang baru bagiku. Mula mengenali kesukaan beliau dan beliau juga menghormati aku selayaknya sebagai isteri. Sunnah nabi segar mekar dalam kehidupan harian suamiku.Itu yang buat aku semakin cinta kepadanya.

Aku kira, wanita di Dandelion tidak akan pernah merasakan nikmat sebegini jika budaya bercinta sebelum nikah masih berleluasa. Mereka tidak percaya bahawa Allah itu Maha Mengatur. Jika “ya” kata Allah,maka andai satu dunia mengatakan “tidak”,percayalah,”ya” juga jadinya. Semakin hari semakin bertambah ilmu yang dicurahkan kepadaku. Aku bahagia hidup atas nama Islam.Tidak ada kesempitan,seperti didakwakan sesetengah orang.

***

“Berapa sangat harga nyawa kau?”, Soal askar Dandelion kepada seorang tebusan remaja Schellis,sambil menjungkit jungkit keningnya. Megah.Bangga.

“Yang pasti lebih bernilai daripada harga nyawa kau!”,jawab pemuda itu.Tegas.Ada api yang membara dalam matanya.

Darah pekat yang mengalir di segenap wajah jernih pemuda itu terus mengalir,saksi keganasan dan aktiviti deraan askar-askar durjana itu.Sejak Dandelion isytiharkan perang ke atas Schellis, ratusan pemuda Islam menjadi tebusan,dengan harapan dapat menanam ideologi jahilliyah dan mengikis akidah mereka senipis bawang. Namun pemuda-pemuda itu tetap dengan kalimah tauhid.Berdiri atas tapak Islam yang kukuh dan hati yang tak mungkin ditembusi dengan fahaman murahan yang ditawarkan.

Askar tersebut berang. Badan-badan pemuda tersebut dibelasah kuat oleh rantai-rantai besi.Wajah mereka di tampar berkali-kali. Hidung dan mulut bagaikan kolam darah yang mengalir laju. Mulut-mulut mereka kumat-kamit menyebut “La ilah ha ila ALLAH”,sebagai motivasi terkuat mereka.Jannah,itu destinasi yang layak bagi mereka!

Tiba-tiba,tatkala penjara itu sunyi daripada bunyi tamparan,tumbukan, dan segala macam deraan oleh askar durjana itu,satu suara di hujung penjara itu terdengar.

Seorang pemuda di hujung bilik penjara itu melantunkan ayat-ayat cinta kalimullah dengan begitu merdu.Suaranya memenuhi segenap ruang penjara kelam itu. Air mata pemuda itu mengguyur bersama ayat-ayat indah tersebut.

Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya akan mendapat azab Jahannam.Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Apabila mereka dilemparkan kedalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara, hampir meledak kerana marah.

Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir ) dilemparkan kedalamnya , penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, “ Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?”

Mereka menjawab,“ Benar,sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan, “Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar”.

Dan mereka berkata,”Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.”

Maka mereka mengakui dosanya.Tetapi jauhlah (dari rahmat Allah) bagi penghuni neraka yang menyala-nyala itu.

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka,mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

Lantunan Surah al-Mulk, ayat 6 sehingga 12 itu benar-benar membuat masa terhenti.Penjara dan isinya sunyi. Ayat-ayat itu menyapa setiap dinding relung hati jiwa hamba di segenap penjara itu.

Air-air mata mengguyur laju seperi lebatnya hujan-hujan setelah gelapnya awan. Tentera yang ego sebentar tadi mahupun banduan yang masih segar melawan kesakitan kini tunduk,tenggelam dalam keinsafan.

Penjara pada hari itu menjadi taman syurga,dan kesakitan para pemuda bertukar menjadi kenikmatan. Sungguh,pertolongan Allah sudah terlayar di depan mata. Tentera-tentera itu meletakkan senjata  serta mula membasuh luka para pemuda yang didera. Kalimat syahadah diungkap dengan mulut terketar-ketar tanda menyerah kepada Yang Maha Kuasa.

Kenyataan yang disampaikan dalam ayat-ayat suci itu membuat setiap hati bergetar dan mereka berpakat untuk menggulingkan pemerintahan Sultan Roro untuk menjadikan Dandelion sebagai sebuah negeri seperti Schellis,negeri yang penuh dengan keindahan hidup dalam Islam.

 ***

Rakyat Dandelion menjadi bingung. Mahigai Sultan Roro kini dihurungi ratusan dan jutaan nyamuk. Badan-badan Sultan Roro menjadi bengkak dan merah. Badan yang dulunya gempal,kini bertukar sama sekali. Beliau seperti kehilangan darah dan tulangnya tampak begitu jelas. Sudah tiga hari fenomena nyamuk itu terjadi.Mahligai Sultan Roro tetap menjadi “kediaman” keluarga nyamuk yang ramai itu.Berita itu tersbar dengan cepat sehingga ke negeri tinggalnya Agnella, Agapios. Mulut-mulut rakyat semuanya membawa berita yang sama iaitu “Sultan Roro telah dilaknat!”.

Rakyat Dandelion kini segar dengan pegangan Islam yang semakin utuh.Hasil kerja keras dan doa kumpulan pemuda Schellis dan tentera-tentera yang telah menerima Islam sebagai cara hidup yang kamil, negeri itu bagaikan negeri yang baru.Tiada langsung rakyat yang menayangkan aurat mereka seperti dahulu.Masjid-masjid kini di asak-asak dan malam-malam mula dihidupkan dengan tahajud dan lantunan mahabbah kalamullah. Majlis-majlis ilmu bagaikan air sungai yang mengalir,tidak putus-putus.

***

Hati dan mataku bagaikan tidak percaya. Didepanku kini ialah Tuan Bujan. Dia menjemputku untuk kembali ke negeri asalku,Dandelion.

Aku bingung. Tuan Bujan tidak lekang dengan perkataan maafnya dan kulihat kelopak matanya seakan mengumpul sebuah telaga air yang bakal tumpah bila-bila masa sahaja.Ya,Tuan Bujan telah insaf. Belaiu menceritakan setiap detik syahdu yang berlaku  di penjara itu. Aku terkesima, terharu dan bersyukur. Hati-hati keras itu telah ditembusi sedikit cahaya.Sujud syukurku hanya kepada Allah Yang Maha Esa.

Hatiku luluh,luruh mendengar khabar ayahanda. Seluruh rakyat Agapios sudah mengetahui bahawa aku ialah anak kepada Sultan Roro yang mereka bencikan itu. Suamiku,Asytar juga terkejut mendengar hakikat itu. Tetapi sungguh, budaya Islam mengharumkan hati-hati mereka. Bukan cacian dan makian yang dihadiahkan kepadaku,tetapi doa-doa supaya dosa ayahanda diampunkan.

Hari itu, aku dan suamiku pulang ke tanah airku. Suamiku begitu kagum dengan Dandelion yang meriah dengan senyuman dan salam. Aku juga tergamam. Ini Dandelion yang baru,yang harum.

Aku tersenyum puas. Ini lah negeri yang ku impikan dan inilah yang aku juangkan!

***

Genap 2 tahun kepulangan aku ke Dandelion. Badan ayahanda tidak pulih-pulih. Aku dan bonda,setiap hari menyapu ubat yang telah doktor deskripsikan,namun tiada perubahan. Setiap malam,mahligai indah  itu dipenuhi rakyat dan pemerintah,membacakan ayat-ayat suci Al-Quran,diketuai habibku,Muhammad Asytar.

Suatu hari, tatkala aku menyapukan ubat ke badan ayahanda, ayahanda bersuara perlahan,terketar-ketar. Air mataku tidak tertahan lagi.Sujud syukur ku panjang memuji-muji kebesaran Yang Maha Agung. Sungguh, segala pujian hanya untuk DIA.

Ayahanda meminta aku mengajarkannya untuk berwuduk dalam keadaan sakit dan tidak berdaya untuk bangun itu. Ayahanda mahu solat. Tanpa berlengah lagi, aku segera mengajarkannya cara-cara untuk berwuduk dan solat dalam keadaan sakit. Ku lihat air mata ayahanda mengalir membasahi bantal gebu itu. Zikir-zikir taubat menjadi makanan ruji ayahanda bermula hari itu.Seluruh rakyat bertasbih,memuji kebesaran-NYA.

Aku melihat sendiri bagaimana bengkak-bengkak dan merah-merah di badan ayahanda semakin beransur pulih. Semakin aku yakin bahawa bukan ubat yang diberikan doktor itu yang berkesan, tetapi ubat jiwa kesan taubat ayahanda yang lebih berkesan. Kini jiwa ayahanda semakin terubat setelah sekian lama dikotori najis-najis yang membusuk.

Perlahan-lahan ayahanda semakin sembuh. Seluruh isi kota Dandelion mengadakan majlis kesyukuran dan ayahanda berjalan-jalan di sekitar kota itu sambil memohon maaf kepada rakyat yang ditemuinya. Sultan Roro pada hari itu ialah orang yang baru,bukan pemerintah yang kejam dan zalim seperti dahulu.

Asytar selalu menjadi teman setia ayahanda. Ayahanda memuji-muji menantunya itu. Setiap malam Asytar akan mengadakan kelas agama, dan ayahanda salah seorang pelajar tegarnya.

***  

Kedatangan ayahanda disambut meriah oleh penduduk Agapios. Mereka berpelukan atas nama Islam. Bibir ayahanda tidak putus-putus memohon maaf apatah lagi kepada Pendekar Xanthelle. Mujur sahaja Islam mengajarkan umatnya agar menjadi pemaaf. Tiada langsung dendam antara mereka.

Aku menceritakan kepada ayahanda dan bonda betapa aku mencintai Agapios. Satu perjalanan hidup yang aku bingkaikan erat-erat dalam bingkisan hati kecilku. Agapios menjadi alat tarbiyah  diriku untuk menjadi lebih rapat dengan Islam dan keindahan ajarannya.

Pelangi yang kutemui selepas lebatnya hujan di Dandelion ternyata membawa aku berjumpa dengan lebih banyak lagi pelangi indah yang menceriakan duniaku dan aku berdoa bahawa pelangi-pelangi itu juga akan bersamaku di negeri kekal sana.

-TAMAT-

Part 1 cerpen : https://iasvoyage.wordpress.com/2013/02/06/cerpen-pelangi-di-negeri-agapios/

Pelangi di Negeri Agapios :)

Pelangi di Negeri Agapios 🙂

 

Advertisements
Standard

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s