Cerpen : Pemilik Waktu

Hari konvokesyen Universiti Pembinaan dan Kejuruteraan.

Aku mencari di celah-celah orang yang berduyun. Orang ramai mula membanjiri tanah ilmu ini sejak awal pagi tadi. Tanda kegembiraan melihat diri sendiri atau sanak saudara untuk bergraduat.

Kedai-kedai kecil yang dipenuhi manusia itu aku redah.Mencari satu wajah yang bernama ayah.

Semua bakal graduan telah dipanggil masuk ke dewan konvokesyen. Aku masih mencari.Katanya,dia mahu datang melihat aku bergraduat. Nada kegembiraan ayah minggu lepas masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Itu juga semangat untuk aku terus tabah menuntut ilmu di universiti ini,dalam jurusan yang aku sangat suka.Kejuruteraan Alam Sekitar.

Kalau arwah ibu ada sekarang,pasti dialah orang pertama yang aku peluk cium.Pasti arwah gembira. Al-Fatihah dan doa-doa ku panjatkan setiap hari untuk ibu di sana. Ibu bidadari hatiku.

Peluh mula menitis dari dahiku. Sudah ke barisan hujung gerai,namun wajah ayah masih tidak muncul. Sekilasnya pandanganku,aku melihat sepupuku. Azrai.Berbaju pagoda dan berseluar hitam, pasti dialah orang yang paling teruk imejnya disini. Namun,tidak mengapa,dia insan yang paling karib dalam hidupku.

Bibir ku mengukir senyum.Senyum ku sampai ke telinga. Akhirnya janji Azrai untuk membawa ayah ke majlis konvokesyen ku tercapai juga. Lantas aku menarik tangan Azrai untuk masuk ke dewan gah itu.

Tetapi,Azrai lantas mencengkam tanganku.

Wajah Azrai penuh dengan keringat.Mungkin penat berjalan dari tempat parkir motosikal yang jauhnya mungkin sebatu.

Azrai tenung aku dalam-dalam.Barulah aku perasan yang ayahku tidak bersama Azrai.Aku menoleh sekeliling,mencari wajah tenang ayah.Puas aku cari,tapi hampa.Tiada ayah di mana-mana.

Lembut Azrai menarik tubuhku ke dalam pelukannnya. Hangat. Jubah konvokesyenku yang tebal membuatkan seluruh badanku bagai disimbahi keringat.

“ Yuzra, ayah kau tak jadi datang”

Masih tidak melepaskan pelukannya.Aku bingung. Ayah sudah janji mahu datang.Ayah sangat ingin melihat aku berjalan di atas pentas menerima ijazahku.

“Ayah kau bersatu dengan ibu kau.Di syurga.”

Waktu terhenti.Aku dapat rasakan yang bukan sahaja waktu,tetapi hati dan degupan jantungku bagaikan terhenti.Orang-orang yang lalu lalang, dan dunia ini aku rasakan bagai berhenti berputar.Satu keperitan yang aku rasakan di hati ini.Lebih dari sembilu.

“Innalillah hi wa inna ilia hiraji’un”

Kalimat itu aku lafaz.Perlahan.Air mataku mengguyur laju.Hatiku sesak.Sakit.Erat aku peluk Azrai.Azrai membalas pelukanku.

“Peluklah hati aku,Ya Allah”.

Bisik hati ku.Berdoa. Hanya Allah tahu betapa dunia aku terasa gelap. Hanya DIA yang dapat memeluk hatiku.Menenangkanku.

Basah baju Azrai dek air mataku.Azrai turut menangis,sambil tangannya mengurut-ngurut belakangku.Lembut.

Aku melepaskan pelukan Azrai lantas bertanya apa yang terjadi.

Azrai menghulurkan sebuah bungkusan. Dengan air mata yang tersisa, aku membuka bungkusan itu. Sebuah jam tangan.

Jam tangan ayah.

Usang.Namun jarumnya masih hidup.

“Jomlah masuk dewan konvo. Ayah nak sangat tengok kau naik pentas. Naik pentas untuk ayah”. Tutur Azrai.

Katanya jenazah ayah akan dikebumikan selepas aku balik daripada majlis konvokesyen ini.

Jika diikutkan,mahu sahaja aku lari ke rumah bertemu ayah.Cium ayah,tatap ayah untuk kali terakhir.

Yuzra Hisyam bin Yusuf.

Nama aku dipanggil. Kaki ku bagai tidak bergerak. Walaupun aku dipanggil sebagai satu-satunya pelajar yang menerima Anugerah Diraja,kakiku bagaikan terpaku. Air mata masih tergenang di kolam kecil mataku.

Yuzra Hisyam.Nama gabungan ayah dan ibuku. Yusuf dan Azura. Kata arwah ibu,aku satu-satunya anak mereka.Penting untuk orang tahu yang aku ialah anak mereka.Anak hebat ayah.

Anak hebat ayah.Slogan kata yang wajib ayah sebut jika berbual denganku.

Anak hebat ayah.Aku mengangguk-angguk. Butir demi butir air mataku jatuh lagi.Sayu.

Aku dapat rasakan tangan Azrai menepuk lembut bahuku.

Aku berdiri. Berjalan ke arah pentas yang gah  dengan cahaya berkilauan itu.Jalan aku dikemaskan dengan langkah-langkah yang yakin. Biar semua orang tidak nampak hati calar dan hati piluku.Senyuman aku ukirkan payah.  Rasa perjalanan dari tempat dudukku ke pentas terasa seperti bertahun lamanya. Setiap jerih perih ayah ibu mencari duit untuk aku menuntut di universiti ini terbayang bagai layar. Kata-kata nasihat mereka bagaikan dibisik kembali ke cuping telingaku.Air mata yang aku tahan kini sudah gugur bersama langkah-langkahku.

Lampu di suluh kepadaku. Aku, penerima Anugerah Diraja diminta untuk memberi sepatah dua ucapan.

Sudah aku karang ucapan yang mahu aku katakan sebelum ini.Namun,semuanya aku tidak ingat. Kejutan yang diberitahu oleh Azrai sebentar tadi mengubah aku tiga ratus enam puluh darjah.

Pemberi semangat terbesar ku tidak lagi berada di hadapanku.Ligat aku mencari kata,namun gagal.

Lalu,aku hanya membaca skrip yang tertulis di hatiku. Bukan tertulis sebenarnya,tetapi yang terasa. Skrip yang tercipta dari rasa hati.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.”.Tersekat-sekat aku lafaz ucapan tahmid agung itu.Sungguh. Allah telah memudahkan urusanku sepanjang aku disini. Sepanjang aku hidup.

“Buat pensyarah-pensyarah tercinta yang selalu menyumbang inspirasi dan semangat, hanya Allah yang boleh membalas jasa baik kalian.”

“Buat Azrai,.peneman setia yang selalu di sisi saat setiap kejadian berlaku dalam hidup ini.Kau begitu baik.Semoga Allah merahmati engkau kerana menemani aku dalam hidup aku ini. Kau tak pernah jemu peluk aku,tenangkan aku.Kau yang tolong tengokkan ibu ayah di kampung waktu aku bergelut belajar disini. Kau hebat. Benar-benar sahabat.”

Esak tangis aku ditahan. Namun hanya sekejap.Lalu aku biarkan saja air mataku mengalir. Anggap sahaja air mata gembira,sedih,bangga.Semuanya.Bercampur.

“Ayah selalu berpesan,dalam hidup ini, kita tak punya banyak masa.”

“Tak ramai yang kaya.Tak ramai yang ada duit,harta,kereta.Tapi semua orang ada masa. Setiap orang diberi waktu yang sama.Semua orang kena ada ilmu untuk hidup. Penting untuk kita menjadi pemilik waktu. Jangan biar waktu memiliki kita.”

Aku mengangkat jam tangan usang ayah.

“Jam ini, telah mengukir satu kehidupan“.

“Kehidupan yang luar biasa.Dengan jam ini,ayah menentukan masa untuk menjaga saya, bekerja,menghantar saya ke kelas tambahan,memasak, memberi motivasi kepada saya, bawa saya ke kedai buku dan banyak lagi”.

“Ayah menjaga saya setelah ibu meninggalkan kami sejak saya berumur 5 tahun. Mulanya hidup kami kelam kabut. Saya dapat rasakan yang ayah seorang takkan mampu menguruskan segalanya tentang rumah dan seorang anak. Saya pernah melihat ayah menangis. Namun,ayah kuat.”

“Ayah berkata ayah akan cuba menjadi ibu. Itu membuat kami berderai tertawa,menyedari yang ayah tetap seorang ayah.Namun,filosofi di sebaliknya,hanya ayah yang tahu. Betapa ayah kuat kerana saya.Seorang anak.”

“Pernah sekali, saya tidak mahu belajar, ingin membantu ayah bekerja mencari rezeki harian”

“Ayah berkata yang dia hanya punya seorang anak.Seorang Yuzra Hisyam sahaja”

“Dia mahu anaknya jadi orang hebat.Supaya orang ramai hormat dan kenal anaknya Yusuf”.

“Itu ialah titik tolak saya untuk keluar meninggalkan kampung untuk ke sini”

“Masa. Ayah bilang, Yuzra harus jadi pemilik masa. Jangan lengahkan waktu.Hidup kita di dunia hanya sekelip mata. Masa yang hilang tidak akan boleh dicari ganti. Secara tidak sengaja,Islam mengajarkan umatnya agar menepati waktu dengan  solat. Masa,jangan dibuang. Wajib diisi dengan perkara berfaedah”.

“Saya kira,berkat penjagaan waktu,doa-doa ibu dan ayah, dan yang paling penting sekali rahmat dan rahim dari Yang Maha Cinta yang buat saya boleh berdiri di sini hari ini”

“Jika ayah..,” suaraku tersekat.Menahan pilu,juga rindu.

“Jika ayah saya masih hidup,ayah akan selalu peluk saya lalu berulang kali ayah akan cakap yang Yuzra anak ayah yang hebat”

Inilah hari yang ayah tunggu-tunggu.Semoga ayah tenang berehat bersama ibu di syurga sana.Al-Fatihah.

Dewan konvokesyen yang sebesar padang bola itu hening.Al-Fatihah dan doa-doa dari ribuan yang hadir dalam dewan itu mewangi berterbangan untuk ayah.Semoga ayah ibu tenang disana.Yuzra dan jam usang ini akan terus hidup.Menjadi pemilik waktu terhebat.

05 Februari 2006                                                                                          Yuzra Hisyam b Yusuf                                                                         Penerima Anugerah Diraja                                                                        Majlis Konvokesyen yang ke-3                                                                 Universiti Pembinaan dan Kejuruteraan.

***

Yuzra mengesat air matanya.Menutup diari kecil itu.Lalu disimpannya ke dalam laci yang paling atas. Rindunya pada ayah dan ibu membuak-buak sejak kebelakangan ini.

Zuhur,dan pemilik waktu itu harus bertemu Tuhannya yang Agung. Azan sayup-sayup kedengaran.Yuzra tersenyum.Dia tidak keseorangan.Allah selalu ada untuk dia.HADIS TENTANG MASA 3

Advertisements

4 thoughts on “Cerpen : Pemilik Waktu

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s