Tutor | Tips Menulis Karangan

Bismillah.

Hari ini, hati dan tangan tergerak nak berkongsi dengan adik-adik yang masih bersekolah, yang masih bergelumang dengan subjek Bahasa Melayu yang memerlukan adik-adik membuat karangan dalam masa yang ditetapkan. Terutamanya untuk adik Hanis Wahidah Shuib yang mungkin sedang bermalas-malasan di atas loteng rumah sekarang.Haha.

Kering idea bila cikgu suruh buat karangan? Susah nak cari isi? Tak cukup masa? Bosan bila belajar BM? Tak tau ayat yang best nak masukkan dalam karangan?  Satu karangan pun tak habis dalam masa seminggu? Haa..sebab tu nak kongsi ni 😀

Ok. Bermula dengan PEMILIHAN TAJUK.

Pelajar mungkin keliru dan mengambil masa yang lama untuk memilih salah satu soalan daripada 5-6 soalan yang diberikan, apatah lagi mula menggerakkan tangan untuk menulis. Walaubagaimanapun, pelajar yang telah bersedia merangka strategi dan gaya penulisannya tidak akan mempunyai banyak masalah. Malah, mampu tersenyum melihat soalan-soalan yang diberikan.

Tapi,bagaimana untuk menjadi orang yang mampu tersenyum itu? Hanya ada satu cara iaitu LATIH TUBI.

Latih tubi bermaksud adik-adik mestilah sering berlatih untuk menulis dan adalah lebih baik jika adik-adik rajin melatih soalan-soalan contoh peperiksaan kerana soalan tersebut tidak akan ‘lari’ banyak daripada soalan dalam peperiksaan sebenar. Pemilihan TEMA juga sangatlah penting.

Bagi adik-adik yang sering melakukan soalan contoh peperiksaan, adik-adik akan dapat ‘menangkap’ atau terperasankan corak soalan yang diberikan. Setiap satu soalan mempunyai temanya yang tersendiri seperti Kekelurgaan, Masalah Sosial, Kenegaraan, dan sebagainya. Jadi, jika adik-adik familiar dan banyak isi dalam sesuatu tema, stick kepada tema itu dan praktis dan praktis dan praktis.

Sebenarnya, jika ada 100 karangan yang mempunyai satu tema, adik-adik boleh menggunakan isi-isi yang sama. Tinggal lagi, isi tersebut haruslah diolah mengikut kreativiti dan kesesuaian soalan. Kemahiran ini akan dapat dilakukan jika adik-adik rajin praktis menulis. Semua akan jadi senang jika anda bersedia!

MERANGKA KARANGAN

Ok, tema sudah dipilih. Sekarang, masa untuk merangka isi sebelum menulis. Tidak boleh tidak, pelajar mestilah merangka dahulu isi-isi yang hendak ditulis dalam karangan. Ada pelajar yang ego,tidak mahu tulis ; kononnya akan ingat sampai bila-bila. Tidak. Idea itu tidak kekal dan mungkin akan hilang,tidak muncul-muncul.

Mahukah adik-adik menunggu idea itu datang kembali selama 10 minit dan 15 minit? Membazir masa,kan? Jadi,jangan ego. Tulis isi yang mahu dimasukkan dalam karangan. Untuk setiap isi, fikirkan satu peribahasa yang sesuai. Tidak lupa juga, senaraikan penandawacana yang sesuai di setiap penggal ayat.

Peribahasa mestilah diselitkan untuk mendapat markah Bahasa. Paling kurang pun, 3 peribahasa dalam satu karangan. Letak yang mudah-mudah pun ok.Tak perlu ayat berbunga dan bombastik gituuu 🙂

MENULIS KARANGAN

Dalam menulis, yang pentingnya ialah ayat pertama,bukan? Heheh,kadang-kadang ayat yang pertama itulah yang paling sukar untuk dijana sehingga mengambil masa yang terlalu lama dan akhirnya masa terbuang begitu sahaja.

TIPS : Tulis sahaja apa yang terlintas dan dirasakan sesuai. Bila dah muncul ayat yang lebih baik, padamlah ; gantikan yang baru. Comot? Nak karangan nampak comot atau markah comot? 😀 *tapi jangan comot sgt, nanti cikgu tak suka tanda.

Dibawah setiap perenggan, tinggalkan 2-3 baris.Takut nanti timbul idea atau peribahasa baru untuk ditambah.

BERTINDAK SEKARANG? Macam mana? :O

Mulai sekarang, mula membaca contoh karangan yang baik.

Jika cikgu di sekolah tidak memberi contoh karangan yang perlu dibaca, menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencari inisiatif sendiri. Internet kan ada? Cuba luangkan sejam untuk mencari bahan bacaan dan bersedia dengan buku noto di tepi.

Setiap perkataan, penandawacana dan peribahasa yang dirasakan berguna dan baru , catat dalam buku tersebut. Selepas itu, cuba aplikasikan dalam karangan yang hendak ditulis. Dalam seminggu,  disiplinkan diri untuk membuat paling kurang  tiga karangan. Tetapkan tema yang ‘secocok’ dengan anda dan untuk lebih cemerlang lagi, minta cikgu di sekolah menanda dan memberi komen karangan yang kita buat itu. Cikgu tersebut akan gembira melihat usaha yang dilakukan dan seterusnya akan mendoakan kejayaan kita. Serius! 😀

Banyakkan membaca dan menulis. Praktis diri untuk banyak berfikir. Banyak jana idea. Kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tak bergerak untuk berusaha.

Kawan kata skema? Uiks, persetankan mereka,yang penting kita sudah merangka kejayaan untuk diri sendiri.

Jangan lupa, bila pandai,kena ajar kawan-kawan,baru ilmu berkembang dan bermanfaat 🙂

article-writer

Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s