Artikel

Salam dari Laut

Satu ombak besar menuju ke arahnya. Kakinya bagaikan terpaku.Tidak pernah dia melihat ombak seaneh itu. Besarnya bukan seperti tsunami, tetapi cukup besar untuk menelan dirinya. Ombak itu seterusnya membentuk terowong yang tidak berdinding,dia seakan-akan disedut ke dalam terowong itu dan untuk menahan dirinya untuk kekal atas pohon reput tempat dia duduk itu seakan tidak mungkin.

Bamm! Absyar terasa dirinya dihempap. Dia membuka matanya. Di sekelilingnya ialah air dan yang peliknya, matanya dapat dibuka tanpa air masuk kedalamnya. Dirinya tidak lemas dan terasa bagai berada dalam satu bilik kaca. Bilik kaca yang terdampar di dasar lautan. Mulutnya melopong melihat keadaan di luar bilik kaca itu yang bagaikan tempat pelupusan sampah yang busuk dan kotor. Tidak cukup dengan itu, dia melihat ‘mayat’ penyu dan dugong yang masing-masing disaluti plastik di kepalanya dan banyak lagi ‘kematian’ yang dahsyat.

Satu suara yang nyaring menyapa telinga Absyar. “Engkau, manusia. Apa yang telah kau lakukan?”.

Absyar tertunduk.

***

Jika saya, kamu dan kita ialah Absyar, yang ditanya oleh makluk laut itu tentang perbuatan kita mencabul keindahan laut dan pantai dan seisinya,apakah jawapan yang paling releven untuk kita jawab?

Erm.

“Kami lah yang membuang plastik sesuka hati”

“Kami lah yang menumpahkan minyak tanpa berfikir”

“Kami lah yang melakukan pembakaran terbuka”

Malu jika jawapan sebegitu terpacul dari mulut kita, bukan?

Sedangkan satu alam mengetahui bahawa kita, manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, bukan secara sia-sia dan main-main bahkan, mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu.

Firman Allah SWT yang bermasud :

Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Al-Mu’minun:115)

Tugas khalifah ialah untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba yang sentiasa beribadah kepada-Nya.

Malu jika khalifah-khalifah ini membuat onar dalam ekosistem sendiri sedangkan khalifah yang sebenar ialah khalifah yang mentadbir bumi dan memimpin diri dan masyarakat ke arah jalan yang terpelihara. Bukanlah bernama khalifah yang baik jika perbuatan tangan khalifah sendiri mencerminkan kemusnahan alam di masa akan datang.

Manusia VS Alam

Manusia berlawan dengan alam untuk membangunkan pembangunan yang pesat lagi moden dan seringkali di kawasan tepi pantai atau kawasan yang berbukit indah menjadi pilihan. Cantik? Ya,memang cantik tetapi dalam jangka masa satu atau dua tahun lagi, bukit itu akan terhakis dek kegelongsoran tanah dan pantai akan tercemar seterusnya mengurangkan biodiversiti yang terkandung dalam alam laut itu sendiri.

Tatkala itu, mungkin anak cucu kita akan jarang-jarang melihat kecantikan terumbu karang dan keunikan cara ikan berenang. Atau mungkin sahaja anak-anak kita tidak tahu wajahnya dugong dan ikan nemo.

Ketinggian suhu yang mengundang peluh berbaldi ialah salah satu ‘simptom’ kesakitan bumi ini. Bumi tidak akan semakin sejuk,malah akan lebih menggelegak.

Perlawanan manusia dan alam? Manusia bisa menang tapi alam tidak akan pernah kalah dan manusia suatu hari nanti akan terduduk dengan kemenangannya ; menyesal kerana memilih jalan kemenangan.

Tindakan kita. Orang muda.

Kita, orang muda ialah harapan laut. Tiada guna jika masa muda kita digunakan semata untuk marathon movie, melepak di kaki lima shopping complex, menangis putusnya cinta atau duduk termenung menunggu bakal imam dan makmum. Sia-sialah kehidupan anak muda jika gaya hidup sebegitu telah sebati dalam jiwa.

Sementara itu, mulalah belajar untuk mengenali alam persekitaran dan cara untuk mengekalkannya.Belajarlah apa yang disukai dan apa yang dibencinya supaya apabila kita berdiri di hadapan Pencipta kita nanti, kita boleh menjawab perihal usaha kita mentadbir alam.

Sekarang,tugas utama kita ialah untuk mengaut ilmu sebanyak-banyaknya sebagai modal untuk kita menjadi pemimpin negara suatu hari nanti lalu mengatur dan menyusun kembali corak pembangunan alam supaya tidak mengoyakkan lagi luka yang berdarah di wajah lautan.

Agar apabila salam dari laut itu menyapa, setidak-tidaknya kita punya jawapan yang merefleksasikan usaha kita ; bukan diam membisu menangis tiada kata.

Salam dari laut. Daripada diatom yang sepi berfotosintesis sehinggalah kepada manjanya singa laut di atas hamparan ais yang berbatu.

Harapan itu terletak di atas pundak kita.

Salam dari laut.

Salam dari laut.

Advertisements
Standard

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s