Bila Hati Tidak Merasa Apa-apa

Saat ustaz-ustazah dan murabbi-murabbiah berkata bahawa hati orang yang beriman itu jika mendengar nama Allah, hatinya jadi gentar.Takut.

Ya,engkau faham.

Tetapi kenapa engkau tidak berasa apa-apa?

Tidak berimankah engkau?

Majlis Islamik yang engkau hadiri. Kiri dan kanan engkau, semuanya menangis hiba,tangisan taubat.

Engkau bertanya sendiri, “kenapa aku tidak menangis?”, “ sudah sempurnakah aku?”

Kenyataannya, hati engkau tidak tersentuh.Masih, tidak merasa apa-apa.

Al-Quran.

Ya. Engkau baca,tetapi engkau tidak merasa apa-apa. Gelisah pun bukan, nak kata tenang, pun bukan.

Entah. Tidak merasa apa-apa.

Tahajud dan dhuha? Er,lama dah engkau ‘pencen’.

Sebabnya engkau tiada masa.Akhir-akhir ini, sungguh banyak assignment yang kena hantar dan hidup engkau terumbang ambing.

Engkau tidak merasakan cinta-NYA itu penting.Yang kau kejar ialah due date , exam dan pointer.

Hakikatnya, hati itu sudah tidak berasa apa-apa.

Hati itu ada,cumanya, ia tidak hidup dan subur. Kontang.

Sedar sahaja tidak berguna. Engkau sepatutnya mencari solusi untuk hati yang sakit seperti itu.Mungkin sudah tiba masanya engkau untuk mengambil satu masa,duduk dan bermuhasabah sendiri. Sambil baring-baring atau melihat alam, masa itulah engkau sepatutnya buat ‘post-mortem’ dengan hati engkau.

Kenapa hati seakan kering?

Kenapa dahulu air mata engkau selalu berjujuran merindui Nabi Muhammad saw tetapi kini, rasanya..biasa-biasa sahaja. Berselawat pun, itupun kalau ingat.

Astaghfirullah.

Engkau harus buat sesuatu. Hati itu tidak boleh dibiarkan usang dan hambar sebegitu rupa.

Tetapkan balik misi dan visi hidup. Tanya diri, apa yang engkau buat sehingga hati separah itu? Sehingga hati selalai itu?

Solat lima waktu pun di hujung-hujung waktu,baru engkau nak solat. Jadi, di mana kualiti solat dalam hidup engkau? Kadang, solat Subuh pun terlepas. Tahajud apatah lagi.

Engkau harus sedar yang disiplinnya manusia kerana solat. Kerana menjaga masa. Solat comes first then do your business. Rugilah manusia jika mendahulukan urusan dunia daripada membina bekalan untuk negeri sana.

Engkau harus rangka semula amal ibadat yang engkau ingin isikan dalam hidup seharian engkau seperti bacaan al-Mulk sebelum tidur, disiplinkan solat sunat dhuha dan istikharah, kerapkan membaca al-Quran dan terjemahan, puasa sunat, tahajud, maathurat dan sebagainya. Engkau buat seperti dulu-dulu. Satu jadual untuk engkau tick beserta kata-kata semangat yang membina.

Mula-mula, memang engkau akan terasa tidak biasa.Tetapi, engkau harus istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam sehari, tambah satu amal dan lama-lama nanti, engkau akan terbiasa melakukannya.  Jadikan waktu-waktu yang Allah berikan kepadamu sebagai waktu yang produktif. Mulakanlah mencari kawan-kawan yang boleh menasihati dan membimbing engkau.

Time passed.

Ala, baru dua tiga hari. Waktu terasa panjang? Haa..itu tandanya waktu kau berkat. Pernah terdengar bila kita berfacebook,waktu terasa cepat berlalu,tetapi bila kita buat sesuatu yang berfaedah, waktu seperti kura-kura.Perlahan merangkak! Maksudnya,keberkatan itu ada.

Berterusan dan tingkatkanlah amalanmu. Banyak berdoa supaya dilembutkan hati dan banyak membaca terjemahan al-Quran dan berfikir. Engkau akan terkejut dengan hati engkau yang mula basah dan lembut. Hati yang kontang itu akan perlahan-lahan disirami dan disuburkan.

Mendekatlah kepada Allah kerana hidup ini, jika bukan kerana Allah, ialah sia-sia.

734774_562411787111999_1358453416_n
First step is really matter.

Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s