Buruj Pari #1

Matahari di luar agak terik. Untung sahaja aku berada di dalam sebuah coffee shop yang berhawa dingin ini.  Aku membelek belek buku yang ditulis oleh Buruj Pari sambil menghirup sisa latte yang tinggal.

Salah satu halaman itu menangkap perhatianku. Sebenarnya, semua halaman dan setiap kata yang dilakar oleh Buruj Pari menarik minatku,seperti seketul magnet yang kuat medan magnetiknya.

“Hei, Saujana! Cepat. Sir dah nak sampai tu!”. Suara Melati menyentakku.

Hampir terlupa yang kelasku akan bermula sebentar lagi. Aku memperkemas tudungku yang bercorak flora itu, dan menghirup sehingga licin sisa latte sebelum membayar di kaunter hadapan.

“Literature. What do you understand about literature?”, Sir Admond memulakan kelasnya dengan satu persoalan.

Literature ialah subjek elektif yang aku ambil untuk melengkapkan jam kreditku di universiti ini. Biarpun kelas diadakan pada sebelah malam, aku tidak kisah kerana inilah subjek yang aku idamkan untuk “lemas” di dalamnya. Apa yang lebih menyeronokkan daripada lemas dalam bait kata yang subjektif dan lari daripada fakta-fakta Sains yang menyeksa otot otakku?

“Anybody?”, Sir Admond menyoal lagi sambil melihat pelajar-pelajar yang menyepi dihadapannya itu. Kebanyakan pelajar menunduk,takut kalau-kalau Sir Admond memberi mikrofon untuk menjawab.

Languange?”, Busan menyuarakan pendapatnya.

“Yup. Accepted. Brilliant!”, Sir Admond memberi respon.

Busan tersenyum.

Any else?” Sir Admond menyoal lagi.

Art of writing? Macbeth? Shakespeare? ”, Mona yang berambut perang ala-ala karat dihadapan itu memberanikan diri untuk menyuarakan pendapatnya juga.Mona memang gemar membaca karya Macbeth dan seangkatan dengannya.

Yup,much better. Any else?”,Sir Admond menjawab dan bertanya lagi.

Buruj Pari?”, aku pula yang bersuara.

Tidak sedar.

Satu dewan kuliah yang sederhana besar itu ketawa memandang aku. Suasana yang sunyi tadi bertukar riuh.

Haish, macam mana aku boleh terlepas cakap ni? Itulah. Kalau dah ke hulu hilir membaca buku Buruj Pari, beginilah jadinya.

Aku menggaru kepalaku yang tidak berapa gatal sambil menggigit bahagian dalam bibirku. Malu.

“Hmm, Buruj Pari. Quiet class, we may have interesting stuffs here, right Saujana?”, Sir Admond memandangku dengan senyum sinisnya. Aku menunduk. Sir juga mahu memerli aku.

Masterpiece of Buruj Pari? If any?”, Sir Admond menyoalku. Mungkin Sir dan kawanku yang lain tidak kenal Buruj Pari.

“Er, mmasterrr..piece o..of Buruj Pari..”, aku gugup. Perlahan-lahan aku berdiri sambil memikirkan jawapannya. Setiap mata dalam kelas itu memandangku. Aku melihat Melati di sebelahku, mengharapkan jawapan daripadanya.

Melati yang tahu maksudku itu mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

Bagaiamana mungkin dia tahu,sedangkan dia juga tertidur saat membaca halaman pertama karya Buruj Pari. Aku mendengus perlahan.

“Er.. “, aku mengingat kembali halaman yang aku lihat di coffee shop tadi. Ya. Halaman 16!

Aku memberanikan diri sambil mula melontarkan suara.

We sat on theatre floor

Watching the Cyrano de Bergerac theatre

While outside was snowy ;

But my hand is melted in you

You sympathised for the love letter’s writer

And I said that Cyrano should haven’t win

Roxanne shouldn’t be fooled and fallen

But the ending is really go against

The hall set to dark and we walked out

while thinking ;

Why people do trust to alphabet; not words?

And we do realise that, it is just a theatre

And so life is

A theatre.”

Cermin by Buruj Pari ; Page 16.

Aku menghela nafas. Tidak sangka aku dapat ingat setiap satu bait kata yang ditulis Buruj Pari. Sengaja aku buat citation di akhirnya untuk memberi impak yang lebih kepada Sir Admond dan rakan-rakan yang mentertawakanku tadi.

Cyrano de Bergerac Play, Paris “, Sir Admond berkata sambil menepuk tangan.

Rakan-rakan sekelasku yang bingung dan senyap seketika itu turut mengikut Sir Admond bertepuk tangan.

Segan. “Apa yang telah aku deklamasikan sebentar tadi? Haish”, aku bermonolog sendirian sambil menarik kerusiku untuk kembali duduk. Aku dapat rasakan bahang panas menjalar ke seluruh wajahku.

Class,that was a sample of nice literature. Good job, Saujana!”, Sir Admond melemparkan senyumannya kepadaku. Bukan sinis,tetapi lebih kepada senyuman penghargaan dan pujian, aku kira.

That’s it. Literature. Today we are going to look through another beautiful literature in form of a poem by Shakespeare entitled “Life’s Brief Candle”. I knew it is quite familiar with you since you all in Form 3, right? What is mean by…” Kuliah malam itu berjalan dengan lancar dan perasaan malu dan seganku dengan peristiwa tadi beransur pulih.

***

“Saujana, kau kenal ke Buruj Pari tu siapa? Kenapa kau minat sangat karya dia? Dahla tulisan pun kecil,berpinar mata aku mahu baca!” Pinggan Melati yang berisi nasi dan ikan keli itu diletakkan di atas meja, bertentangan dengan pinggan nasiku.

“Tulisan kecil itu seni tau tak?”, sengaja aku mengusik Melati sambil menahan ketawa. Memang aku akui, setiap buku yang ditulis Buruj Pari, tulisannya agak berbeza dengan penulis yang lain ; agak kecil.

Mungkin disebabkan itu juga Melati tidak gemar membaca bukunya.

“Aik,saiz tulisan pun dikira  part of literature jugak ke?”,Melati menjawab sambil menguis-nguis nasi di pinggannya, berkira-kira untuk menyuap ke mulut.

“Next class kita tanya Sir Admond,nak?”,aku memberikan idea yang agak bernas kepada Melati.

“Hmm! Good idea! Kau ni..”, Melati menjawab, agak tinggi suaranya.

Ketawa memecah ruang Kafe Dahlia itu dan nasi di pinggan itu menunggu giliran untuk dijamah tuannya.

Aku juga tidak tahu siapa Buruj Pari itu. Kalaulah aku tahu..

Nasi di tanganku terus disuapkan ke mulut dan beberapa minit kemudian azan berkumandang, menandakan waktu Zuhur sudah masuk.

Usai makan, kami melangkah menuju ke Masjid Muhsinin untuk solat sebelum menghadiri kuliah seterusnya. Fitrah hari Isnin, jadual kuliah agak ketat. Walaupun masih sempat jika mahu solat selepas kuliah itu,kami membiasakan diri untuk mendahulukan solat kerana yakin solat ialah rehat yang sempurna dan pengecaj bateri yang terbaik buat manusia.

Sebelum melangkah masuk ke dalam masjid itu, kakiku terpijak sesuatu, seakan kertas yang agak tebal ; betul-betul dihadapan tempat letak kasut di bahagian lelaki.

Aku membongkokkan badanku untuk mengambil kertas itu, manalah tahu jika kertas itu mengandungi dokumen penting atau jika tidak, aku akan buang sahaja ke dalam tong sampah.

Mataku membeliak. Tangan terasa sejuk bagai ada angin yang menghembus di setiap penjuru arah.

“Saujana!”,Melati menyergahku dan tersengih. Dia sudah berada di muka pintu masjid bahagian perempuan.

Aku tersedar. “Oh,ok!”, Aku terkocoh-kocoh melihat jam tanganku dan berjalan melintasi tempat letak kasut bahagian lelaki itu lalu terus masuk ke bahagian perempuan tempat Melati berdiri.

“Apa tu? Surat cinta eh? Ke..lamaran daripada Buruj Pari?”,Melati mencuit pinggangku. Mengusik.

stoty

Sambungan :

Buruj Pari #2 : https://iasvoyage.wordpress.com/2013/06/07/buruj-pari-2/

Buruj Pari #3 (akhir) : https://iasvoyage.wordpress.com/2013/06/07/buruj-pari-3-akhir/

Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s