Buruj Pari #3 (Akhir)

“Siapa Buruj Pari sebenarnya?”, aku bertanya sendiri sambil melihat ke arah Melati.

“Hidup dia pasti sedih”, aku sambung.

Fikiranku melayang teringatkan sesuatu. Peristiwa siang tadi! Saat kakiku terpijak sesuatu.

“Melati!”,aku memanggil separuh menjerit.

Melati tersentak.

“Buruj Pari ada di sini!”, Kata-kataku membuatkan Melati hairan.Terkejut.

Pucat muka Melati.

“Err..kau dah kenapa? Dia ada dalam bilik ini?”, Melati bangun serta merta dan mendekatiku dengan wajah ketakutan.

Lawak pun ada.

Aku tidak tahan untuk ketawa melihatkan wajah Melati yang cemas itu.

“Taklah. Bukan itu..”, aku menjawab.

“Buruj Pari ada di universiti kita!”,Bebola mata Melati membulat.

“Siang tadi,di masjid, aku terpijak sekeping kertas di depan rak meletak kasut di bahagian lelaki. Di kertas itu tertulis sambungan Cermin 2 dan terdapat beberapa plot yang dilakar. Di bawah itu juga terdapat tandatangan Buruj Pari. Tidak syak lagi, Melati. Buruj Pari ialah pelajar universiti kita”,aku menerangkan dengan begitu bersemangat. Hatiku bagaikan di awangan. Gembira. Buruj Pari yang aku cintai itu satu ‘bumbung’ denganku rupanya.

Cintai? Eh?

***

To : burujpari@yahoo.com

Subject : Plot

Assalamualaikum. Kertas awak tercicir. Plot Cermin 2.

Send! Punat ‘send’ itu ditekan juga. Berdebar!

***

“Pernah pergi Perancis?”, aku menongkat dagu sambil memandang raut wajah dihadapanku itu.

Angin yang lembut meliuk lentokkan selendang yang kupakai. Sesekali, aku melirik ke arah padang bunga tulip yang kemerahan itu. Bagaikan mimpi jadi realiti,kini bumi Constantinople itu aku berjaya jejaki.

Berbulan madu.

Baru 2 minggu aku bergelar isteri kepada Absyar Faridzan.

Atau nama penanya ialah Buruj Pari.

Bagaikan cerita dongeng,kan? Buruj Pari ialah suamiku.

“Hei!”, aku menggoyang-goyang tanganku di depan matanya.

Mengelamun!

Lelaki di hadapannya itu tersengih. Matanya yang sengaja dipakukan pada wajah Saujana itu berubah arah.

“Apa tadi?”, Absyar kembali bertanya.Buat-buat tidak dengar.

Aku mencebik mulut, tanda merajuk.

“Tak pernah.”, Absyar menjawab sambil tersenyum dan meraih lembut tangan Saujana sebelum mencubit pipinya yang putih itu.

Saujana tersenyum manis sehingga menampakkan baris giginya.

“Habis tu.macam mana awak boleh buat cerita ‘Cermin’ itu? “

Walaupun sudah dua minggu di ijab kabulkan, waktu untuk kami berbual tanpa gangguan sesiapa sangat terhad. Waktu berbulan madu itulah waktu untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

“Itu hanya idea dalam berkarya. Perancis itu saya jejaki dengan minda. Minda itu melakarkan idea dan kosa kata”, Absyar menjawab.

“Awak rindukan siapa?”, aku menyoal.

“Saya rindukan siapa?”,Absyar kembali menyoal.

“Ya. Awak rindukan siapa? Apa yang awak tulis, saya dapat rasakan rasa rindu dalam diri awak. Rindu terhadap seseorang”, aku meluahkan fikiran dan pandanganku.

“Apa yang kita nak beli kepada mummy dan daddy ya?”, Absyar mengubah topik dengan membicarakan soal buah tangan. Absyar memanggil pelayan lelaki yang berada berhampiran lalu terus membayar bil.

Saujana terkaku. Absyar mengelak pertanyaannya. Pasti ada sesuatu.

Petang itu, mereka berjalan di tengah-tengah lorong bangunan di Balat, Istanbul. Balat di kenali dengan bangunannya yang di cat berwarna-warni. Ceria seperti pelangi.

Aku begitu teruja melihat warna-warna terang yang cantik itu.Seperti berada di alam fantasi. Semuanya indah.

“Awak tahu, bangunan ini macam saya”, Absyar tiba-tiba bersuara.

“Aik, apa persamaannya?”, aku bertanya kehairanan. Bersuamikan penulis, ada juga cabarannya. Otak penulis selalu bermain dengan metafora dan sering kali berpuitis. Absyar Faridzan versi Buruj Pari mungkin sudah muncul.

Aku tergelak kecil.

“Bangunan ini seperti saya. Kalau tiada cat berwarna warni ini, hambarlah bangunan ini. Macam saya, kalau hidup saya tiada awak, tidak berpelangilah hati saya.Mungkin lebih hambar daripada bangunan ini?”, Absyar memandang tepat pada mataku.

Aku tertawa.Kali ini agak kuat. Lucu.

Tetapi, harus aku akui. Aku bahagia mendengar kata-kata itu. Dia tidak tahu, bahawa dia ialah lebih daripada pelangi dalam hidupku.

Tanganku sengaja dipautkan pada lengannya sebelum menyandarkan kepalaku di bahu suamiku itu.

“Sebenarnya, sebelum kita nikah, saya ada cintakan seseorang ini”, Absyar tiba-tiba bersuara.

Aku yang sedari tadi menyandarkan kepala ke bahunya kini tertegak,memandangnya dengan pandangan tajam.

“Yang awak rindukan dalam karya itu?”, aku menyoal.Pantas.

“Patutlah soalan aku tidak djawab tadi.Rupanya ada cerita”desis hatiku.

Cemburu. Ada sedikit cemburu.

“Siapa?”, Perasaan ingin tahuku melonjak hebat.

Tidak semena-mena, mukaku dirasakan panas dan ada kolam air yang mula terbentuk dalam kelopak mataku.

“Rakan sekelas saya dulu”, Absyar menjawab dengan suara perlahan.

Aku menunduk, menahan air mata itu daripada gugur. Entah kenapa, akhir-akhir ini aku begitu sensitif.

“Namanya Saujana Atilia. Saya cintakan dia.Dari dulu.”, Absyar menyambung. Kali ini suaranya lebih kuat.

Aku terpaku. Mukaku yang menunduk tadi, mendongak ke arah Absyar.

Absyar yang memandang wajah basahku hanya mengenyit sebelah mata.

“Awak ni…”, Aku menumbuk lembut perut Absyar sebelum mengejarnya ke hulu hilir.

Suka buat jantungku bagai mahu luruh.

Tidak ingat sama ada air mataku itu diseka atau angin yang membawanya pergi.Yang pasti, air mata itu sudah tiada dan diganti dengan gelak ketawa yang membahagiakan.

***

To: Saujanatilia@yahoo.com

Subject : Terima kasih

Saujana, semasa lecturer di hadapan, sila tutup buku saya 😛

—–

To : Burujpari@yahoo.com

Subject: Re :Terima Kasih

Eh?

—–

To : Saujanatilia@yahoo.com

Subject :  Mind

Who’s in your mind?

—–

To: Burujpari@yahoo.com

Subject: Re: Mind

Buruj Pari.

All these years. And someone in my class.

—–

To: Saujanatilia@yahoo.com

Subject: Who

In case if the someone is Absyar Faridzan ; he is Buruj Pari as well.

Alamat rumah?

—–

To: Burujpari@yahoo.com

Subject: Re : Who

Haha. World. Its funny.

No. 54 Taman Qasuri, Jalan Raja, 06577, Bandar Wangi.

Selepas konvo? 2 bulan lagi?

—–

To: Saujanatilia@yahoo.com

Subject: Serious

Today marked my happiest moment.

Wait. I settled up the rombongan.

***

Siapa sangka bahawa Buruj Pari itu ialah Absyar Faridzan ; rakan sekelasku yang kadang kala bising, kadang duduk menyepi di balik ceruk dinding kuliah dan kadang dilihat berjalan tanpa payung waktu hujan kala semua orang berlari mencari tempat berteduh. Dari awal tahun pengajiannya lagi, aku sudah tertarik dengan dia. Cuma, perasaan itu disimpan jauh di lubuk hatiku dan namanya hanya tersiar dalam doa-doaku di setiap akhir solat dan sujudku. Dengan Absyar juga aku jarang-jarang bercakap.Segan.

Benarlah. Cinta tanpa bercinta ‘lebih-lebih’ terlebih dahulu itu nyata indah. Allah selalu ada cara untuk menjodohkan hamba-hamba NYA.

 ***

 To: Burujpari@yahoo.com

Subject: Something

I think, this suit me much. Kinda of I followed this rule 😛

Love! 

Read this: 

Date a girl who reads. 

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.”

(by Rosemarie Urquico)

—–

To: Saujanatilia@yahoo.com

Subject: Re: Something

“Or better yet, date a girl who writes.”

Im better, huh? I marry with a man who write 🙂

Love!

***

Aku dan Absyar hanya duduk bersebelahan sambil menatap laptop masing-masing. Duduk bersebelahan pun, masih sempat ber ’email’. Serentak kami berpaling, dan senyuman mekar lagi.

Semekar bunga-bunga tulip itu atau lebih lagi, aku kira.Beberapa ekor pasangan rerama pun hadir untuk menari-nari di celahnya.

Balat, Istanbul. (The colourful building)
Balat, Istanbul. (The colourful building)
Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s