CERPEN

Merah, Putih dan Biru

Azan sudah sayup-sayup berkumandang. Memecah simpul kesunyian malam pekat. Langit itu akan berlatar merah, putih dan biru dalam beberapa jam lagi. Akal-akal itu pula akan bangun, memenuhi sebahagian dataran, menepis pahit manis mimpi lalu bangun bernafas lagi atas nama kehidupan. Atas nama Yang Menghidupkan, yang Maha Hidup.

Surat itu dia lipat dan disimpan kedalam sebuah sampul sebelum ditolaknya dalam-dalam kehujung laci usang itu. Biar jauh supaya tidak seorang pun yang bakal jumpa coretan sepi itu. Biar ditinggal sahaja sepi, kerana warkah itu sememangnya ialah penghambat sepi.

Tangannya meraba-raba lagi kedalam laci itu. Dapat dirasanya serbuk-serbuk kayu yang keguyuran dek keusangan atau mungkin sahaja anai-anai yang tidak lesu-lesu menjajah, dapat juga dirasanya batang-batang pen yang entah kurun keberapa dibiarkan terdampar di situ, ah..laci ini sudah terlalu lama menyimpan kenangan dan sejarah. Sudah terlalu lama juga tidak dikeluarkan dan dicuci. Mungkin baiknya begitu. Kadang yang usang itu cantik dan dekat di hati. Tangannya dipanjangkan lagi kedalam, sehingga menyentuh hujung dasar laci kayu itu.

Tiba-tiba tangannya terhenti tatkala merasakan ada sampul surat selain warkahnya itu. Tekstur sampulnya juga berlainan, mustahil ada orang lain selain dia yang dapat mengakses laci itu, tidak mungkin kerana laci itu sudah terlalu tidak menarik, sudah terlalu layak untuk dibiar tidak peduli. Ditariknya keluar sampul itu dengan berhati-hati.Hatinya berdebar.Sementara hujung langit itu masih berlatar jingga, dikoyaknya cermat sampul surat itu.

Warkahnya berbalas! Diulang bacanya berkali-kali. Warkah- warkah itu akhirnya bukan penghambat sepi lagi. Dan dia tertanya gerangan siapakah yang membalas tulisan itu. Adakah gelandangan seperti dia juga atau apa?

Lama dia termenung. Tidak. Gelandangan seperti dia tidak sepatutnya mengharap lebih. Dia tidak begitu merasa layak.

Kerana gelandangan yang merempat di tepian tidaklah begitu dilihat, dan yakin benar dia bahawa warkah itu hanyalah satu umpan, atau barangkali hanyalah mainan mimpi. Dan hujung langit itu tanpa sedar sudah beransur biru keputih-putihan.

Advertisements
Standard

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s