Penghujung 2014 (2)

After the 2014’s happy events – now the dark sides. Tahun 2014, bagi aku – ialah “tahun kehilangan”.

Dua bulan terakhir sebelum 2015, ada tiga orang yang aku kenal telah meninggal dunia. Orang-orang yang aku agak rapat dan orang yang selalu aku tengok lalu-lalang depan mata, now kalau difikir-fikir balik, macam mimpi pulak. Macam terlalu cepat semua ini berlaku.

Bulan 11 ialah permulaan yang suram. Aku dapat berita yang my uncle (we called him Pak Ngah) masuk hospital sebab sesak nafas. From there on, he was warded frequently sebab several things. and last sekali, arwah ditempatkan di CCU, sambil mesin-mesin gergasi di kiri kanan, tiub-tiub disambung ke beberapa tempat termasuklah di kerongkong untuk membolehkan oksigen cepat sampai ke otak. We were informed that he was suffered from blood cancer but alas it was too late for him to get a proper treatment. Memang blood cancer susah detect di peringkat awal eh? Dalam sepuluh,sebelas hari jugak arwah ditempatkan di CCU. Aku selalu jugak masuk tengok dan duduk beside him baca Surah Yaasin. Sometimes, aku berhenti at the middle of the Surah dan tengok beliau yang terlantar kurus itu, sambil berdoa moga-moga Allah kurangkan kesakitan beliau. Aku harap sangat jari beliau bergerak macam kat drama TV tu, tapi ada sesekali aku perasan bebola mata beliau bergerak, aku tahu dia dengar semua yang berlaku di sekelilingnya, cuma mungkin terlalu sakit untuk nak respons.

Beberapa hari sebelum arwah meninggal, he started to open up his eyes dan air matanya mengalir perlahan-lahan. Beberapa kali jugak he tried to say something, tapi tak boleh. Nampak darah dalam mulut arwah bila he tried to speak. Maybe sebab wayar-wayar yang disambung tu kot. I know, it must be so hurt bila ditebuk dengan wayar-wayar macam tu. Sometimes, bila aku baca Yaasin sebelah arwah, aku harap arwah tak buka mata tengok aku. Sebab if he did, I don’t know what should I do, or how much the tears I would pour out. Satu malam tu, macam biasa, kami melawat arwah lagi. Selepas salam Ngah (isterinya) yang memang matanya selalu merah dan bengkak sebab menangis, aku cuba talk rambles untuk bagi Ngah senyum dan ketawa, and after tengok Ngah masih boleh senyum dan bergurau, oh I think she is a strong woman –  and for a second, I was relieved. Then adik aku yang baru keluar baca Yaasin, I saw her eyes were all red. She was shakingly told us what had happened masa dia baca Yaasin kat dalam. He opened up his eyes and tengok adik, then adik ajar mengucap pelan-pelan di tepi telinga arwah, dan at the same time air mata arwah mengalir lagi. Ngah yang baru senyum ketawa tadi, aku tengok kelopak matanya berair lagi.

Dua hari selepas itu, Pak Ngah meninggal.

Aku betul-betul tak sangka yang orang yang aku selalu sembang dan bergurau sekarang dah tiada. Macam mimpi. Tak percaya.

A week after or so, satu lagi berita kematian kami terima. Kali ini, jiran yang selang tiga buah rumah dari rumah aku. We called him Pak Cik Hussin. Aku selalu ternampak arwah naik motosikalnya lalu depan rumah aku. Kadang-kadang, waktu petang, arwah selalu cuci longkang di belakang rumah kejiranan kami. Selepas beberapa hari aku dengar arwah dimasukkan ke hospital, tiba-tiba abah told me arwah dah meninggal. Sakit macam Pak Ngah, blood cancer cuma bezanya arwah dapat tahu cepat. But nothing boleh lawan takdir Allah,kan? He passed away and I peluk his wife (happened to be my teacher) urut-urut belakang dia tanda suruh sabar. Tanda ” It’s okay, he will be at a better place. Don’t be sad”. Sempat aku tengok wajah arwah. Tenang. Setenang wajah Pak Ngah yang aku tengok seminggu lalu.

Aku tertanya-tanya. Macam mana wajah aku nanti waktu aku dah tiada nyawa. Waktu aku dimandikan dan waktu keluarga aku last tatap muka aku, I wonder how my face will look like.

Yesterday morning, ada satu berita lagi yang sangat mengejutkan aku. Jiran aku sebelah rumah meninggal! Pak Cik Razak yang sangat baik, ramah dan suka kanak-kanak itu akhirnya pergi menghadap Sang Pencipta. Antara semua berita, ini ialah berita yang paling tidak disangka-sangka. Sebab seingat aku, aku baru sahaja melihat arwah bersembang dengan abah kelmarin. Sungguh, macam tak percaya. Waktu aku melihat wajah arwah, subhanAllah! arwah seperti tidur dengan nyenyak dan tersenyum. Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Betapa bertuahnya Pak Cik Razak, dan mungkin arwah sedang duduk bersila di rumahnya di syurga sana.

Tak kisahlah if tahun 2014 ialah tahun crush tak pandang ke, boyfriend dah stop loving you ke, atau hilang smartphone yang beribu harganya – bagi aku, semua cerita ‘genre’ tu, aku malas nak fokus dan huraikan. Terlalu mainstream untuk aku kupas. Bila aku tengok balik gambar potret keluarga besar kami, aku tengok semakin berkurang ahlinya. Betullah, keluarga dan kesayangan kita bukanlah milik kita sepenuhnya. Tiba masa, Yang Maha Pencipta punya kuasa untuk ambil semula.

Bila aku fikir setiap berita kematian yang aku terima dalam tahun ini, aku macam bermimpi. Tak sangka orang yang selalu kita tengok dan kenal, tiba-tiba diambil Illahi. Sungguh mati itu tidak dapat disangka, dan aku takut kalau-kalau amal dan perangai aku masih tak cukup untuk aku mati tersenyum macam arwah-arwah yang aku tatap. Aku malu dengan Allah kalau siakan peluang nyawa ini.

Semoga kita pun tersenyum saat diambil nyawa.

Alfatihah untuk arwah-arwah.

Selamat tahun 2015.

Advertisements

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s