Personal, Teladan, Thoughts, travelog, Vacation

berputus asa, jangan!

Sudah lewat tengahari baru kami menuruni lereng-lereng bukit Cameron Highland yang agak bersimpang siur itu. Denyutan di tapak kaki ku masih kuat terasa walaupun sudah agak lama kami menaiki bas, ditambah pula dengan sengal-sengal bahu akibat menggalas backpack yang mungkin terlalu lama.

Suasana dalam bas itu sunyi sepi, aku melihat sekeliling dan kebanyakan mereka sudah terlentok tidur dibuai mimpi. Sesekali terdengar dua orang budak kenit itu bersama-sama menyanyikan lagu mereka, dan ada ketikanya aku tersenyum mengenangkan betapa musim kanak-kanak aku dulu juga sebegitu. Begitu senang hati berbahagia. Aku melemparkan pandanganku ke luar, sekadar melayan mata yang masih tegar celik. Bumi Malaysia sangat indah dengan kesuburan dan kehijaun alam sekeliling. Dek hujan renyai-renyai bermula pagi tadi, kabus putih dilihat menyelaputi sebahagian gunung yang terpasak kukuh itu. Aku teringat waktu kami singgah di Lavendar Farm yang subhanAllah sangat cantik itu, ada juga taman bunga ros dan tulip! Pada satu perhentian, mak berkata “tengok ni, subur sungguh tanah Malaysia ni. Tanah kosong macam ni pun bunga tumbuh banyak”, sambil menunjukkan kepadaku pohon hijau yang tumbuh merendang sepanjang tanah itu. Aku mengangguk-angguk mengiyakannya tanda setuju.

Fikiranku melayang lagi. Kali ini entah kemana layangnya, dan sehinggalah aku tersedar mendengar ceramah Ustaz Kazim di corong radio bas yang dipasang pemandu bas buat pemecah sunyi. Suara radio yang terputus-putus (mungkin akibat talian di bukit bukau) cuba aku cantum-cantum menjadi ayat sepatutnya. Saat radio itu jelas kedengaran, Ustaz Kazim mengatakan sesuatu yang membuatkan aku berfikir panjang.

Tentang dakwah dan tekad.

“Kita selalu ‘cemuih’ (Kedahan slang – baca : bosan/ give up) nak ajak orang buat baik. Ajak sekali dua kali dah kata tak larat nak ajak. Putus asa. Tuan-tuan cuba lihat zaman Nabi ajak manusia kepada Islam, baginda guna 13 tahun di Mekah dan sedikit sangat yang ikut. Cuba lihat Nabi Nuh yang tak jemu-jemu seru kaum baginda. Kalau Islam ni mula-mula bagi kat orang Melayu, tak taulah sampai ke dak Islam pada kita.

Tuan-tuan jangan putus asa nak ajak orang buat baik. Kalau kali ke 100 depa tak ikut, mana tau..kalau ajak kali ke 101- Allah gerakkan hati depa untuk berubah?”

Dan setelah itu, oleh sebab line tidak elok pemandu bas it terus off radio dan bas kembali sunyi. Yang dengar hanyalah bunyi enjin bas dan air-cond.

Kata-kata tadi masih segar terngiang di telinga aku. Tentang mengajak orang lain buat kebaikan – aku pernah ‘cemuih’ dan putus asa. Aku pernah cakap dalam hati “biarlah, aku dah ajak. The rest antara kau dan Tuhan”.

Shame on me. Se-luka aku mengajak, aku lupa pasal sirah Nabi-nabi terdahulu. Allah dalam diam dah tunjuk bahawa usaha keras itu tiada limit. Nabi-nabi malah pernah dibaling batu, di hina sebagai orang gila dan see Islam in this world now? Blooming after 1437 years. Worth it?

Sepatutnya kita tak boleh berputus asa biar rabak mana kita. Bukankah kita ini patutnya berpesan-pesan kearah kebaikan? Dan jika diherdik dihina, aku yakin – bukanlah setara yang nabi-nabi kita pernah dulu terima.

Entah bila aku terlelap dalam dakapan gunung-ganang yang separa gondol itu, sedar-sedar sahaja, bas telah berhenti rehat untuk memberi peluang kami solat dan makan sebelum meneruskan lagi perjalanan kami pulang ke utara negara. Hujan yang renyai-renyai tadi telah berhenti, yang tinggal hanyalah bayu dingin yang kadang-kadang menerpa belulang.

DSC03825

27 Disember 2014
Hari ulang tahun Sakinah, dan saat bumi Kelantan sudah mula “tenggelam”.

Advertisements
Standard

Speak your mind here! :]

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s