Cerpen : Dan Mereka Hidup Bahagia Selamanya

Saat ini aku sedang mengayuh tanganku untuk menyiapkan segala kerja

Entah kenapa,suara hati membuak untuk melihat dunia

Masa yang sedikit ini, ku cuba contengkan sedikit rasa

Untuk tatapan kamu yang jauh entah di mana

Kebelakangan ini, saat aku rasa terlalu sunyi

Kadang, subuh dan hidupku tak terjaga

Tahajud dan tadabburku berterabur tak tentu hala

Makan minumku yang tak terurus mengundang sakit gastrik dan sebagainya

Aku perlu kamu wahai bidadari

Sebagai bantuan Illahi kepadaku,hamba yang hina

Mengurus hidupku, makan minum dan pakaian yang tak terjaga

Aku sangka, aku sendiri,itu tidak apa-apa

Aku sangka aku kuat, tidak perlukan sesiapa

Namun tembok itu terpecah jua

Oleh peluru yang entah bagaimana,luar biasa

Ku punya Allah yang Esa sebagai peneman setia

Tetapi aku juga Adam yang rindukan Hawa

Saat semua orang tidur dibuai mimpi indah bak permata

Aku bersengkang mata meneruskan cita-cita

Tetaplah di situ wahai bidadariku,

Aku sedang berusaha untuk masa depan kita

Akan kita tuai tanaman itu bersama-sama

Teguhlah bersama doa

Aku akan tetap disini,tidak akan ke mana-mana.

 Qaisar Torriq ; 30 Mac 2009

***

Umaimah tersenyum melihat puisi yang bertulis di atas kertas yang teroksida,kuning itu.

“Saya bidadari?”,Umaimah memandang Qaisar Torriq yang turut tersenyum.

Mata mereka bertaut. Seperti magnet.

” Lebih daripada itu”,Qaisar menjawab.

Jika seratus tahun lagi dia perlu menunggu untuk mendapatkan bidadari di hadapannya itu, dia sanggup menulis sejuta lagi coretan rasa di atas ribuan lagi kepingan pulpa.

Kerana berbaloi. Penungguan itu berbaloi,bukan menyeksakan.

“Saya iqamat ya?”, Suara bidadarinya itu memecah sunyi bilik itu.

Dan fajar pun ikut menyusur,mencerahkan malam pekat dan mencairkan hati-hati mereka yang dilamun cinta.

Kau suatu hari pernah berkata, taman itu kecil sahaja,cukup untuk kau dan aku.
Kau suatu hari pernah berkata, taman itu kecil sahaja,cukup untuk kau dan aku.

 

Puisi : Kau Gila.

Mereka sangka kau gila

Tersenyum sendiri berjalan di bawah panas buta

Tanpa payung besar melindungi kaki dan muka

Asalkan hati kau sejuk,maka payung seperti mereka tak perlu kau guna

Terfikir tentang satu kata bernama cinta

Cinta DIA yang buat panas dan sejuk terasa

Hidup ini senang sahaja

Ikut perintah DIA dan tinggalkan perkara yang DIA murka

Cukup itu destinasi Cinta.

Tanpa cinta itu,tak mungkin kau hidup atas dunia

Belajarlah bersyukur wahai saudara

Kita ini hamba

Punya Allah yang hebat, luar biasa.

Ya ,kau gila.

Gila untuk merebut takhta cinta DIA

270863_10150964406619496_846105088_n

Puisi : Peluklah hatiku

Aku jika bisa mahu jauh dari semua manusia

Aku jika bisa mahu pergi dari dunia yang menipu hati dan jiwa

Aku jika bisa mahu lari dari dunia yang mengagungkan rupa

Dunia yang melihat tinggi jenama-jenama

Dan hormat tertumpah kepada orang berharta

Tidak.Aku tidak pandai berpura

Aku tidak pandai mengatur kata menyoal itu ini dengan manusia

Apa lagi membuat orang-orang bahagia dengan musika

Seperti layaknya Yiruma dengan pianonya

Aku tidak pandai untuk membuka tirai jiwa dan menjadi ramah sentiasa

Hanya aku di ceruk sudut bilik menyembunyikan diri dari dunia

Manik peluh dan airmata,semuanya lambang duka dan luka

Orang melihatku lalu berlalu tanpa kata

Lalu aku lari ke ceruk dunia

Membawa minda melayang entah ke mana

Selesai semua,aku buka kitab kata-kata Sang Pencipta

Semuanya sempurna,aku senyum tanda bahagia

Ada air mata yang bergenang dengan hati yang esak mengemis cinta-NYA

Ada yang mahu bicara dengan aku,sang tiada jiwa dan kata

Ceritanya lebih menarik dan lebih nyata

Buat aku terfikir,lama aku tinggalkan DIA

Untuk dunia yang tidak seberapa

Kata-kata DIA buat hati jadi tenang,lupa semuanya tentang mereka yang sedang bergelak ketawa

Mengejek aku yang dianggap skema

Cerita DIA tentang bijaknya pesuruh-NYA

Seorang Yusuf a.s yang pandai mentakwil mimpi raja

Akhirnya dilantik menjadi pembesar Negara

Lebih menarik dari cerita mereka

Tentang tipu daya dunia

Bicara soal hati,perasaan,suka,benci dan cinta yang kosong isinya

Yang pasti aku ada DIA untuk sandarkan jiwa

Sayang dan cinta-NYA terpancar dalam bait-bait kata

Bertaubatlah, mendekatlah , menangislah ; pesan DIA

Kerana janji-NYA, DIA ada untuk kita

Selalu ada untuk beri ampunan kepada dosa-dosa yang menggunung tiada tara

Peluklah erat hati ku ini wahai sang Pencipta yang penuh cinta

Peluklah hatiku agar aku tidak mengidam cerita-cerita dunia

Agar aku tidak iri melihat mereka yang bergelak ketawa membawa cerita

Agar tiada lagi airmata tatkala mereka menyindirku menjadi budak yang bisu kata

Bicara dan nasihat indah-MU ternyata menusuk jiwa

Buat aku mahu menyendiri dan menulis tiada hentinya

Tentang betapa cinta agung itu ada

Hanya kita, sama ada buta mencarinya atau masih leka dengan cerita-cerita hedonis semata

Peluklah hatiku agar aku tidak layu sebelum masa

Peluklah hatiku wahai Tuhanku yang Maha Esa

Diari “Cahaya yang Wangi”

3 Disember 2005

diary

Ayah menengkingku

Aku hanya mengajaknya solat berjemaah

Membaca satu dua kalimullah

Malah,kata cacian dan makian disimbah

Sampai bila ayah akan berubah?

Aku rindu ayah

Ayah yang dulunya tabah dan percaya Allah

sejak meninggalnya angah, ayah berubah

7 Disember 2005

Ayah tidak jamah masakanku

Malah kata ayah,masakanku rasa kaku

Aku tahu, sekaku perasaan ayah kepadaku

Ibu memujukku,katanya ayah memang begitu

Hatinya kaku,sekeras kayu

Tidak. Ayah bukan begitu,ibu

Ayah rindukan angah bukan aku

Tidak mengapa,Allah ada untukku.

10 Disember 2005

Zuhur lagi dan ayah lambat

Aku sengaja ingatkan ayah untuk solat

Ayah tidak bercakap walau satu kalimat

Menghempap pintu kuat-kuat

Tanda benci yang erat

Ya Allah bukakanlah hati ayah yang keras dan liat

Untuk menyembah-MU dan bertaubat

Sebelum ayah dijemput malaikat

12 Disember 2005

Masih hari sekolah

Aku pergi ke kelas tanpa salam dan cium dari ayah

Bukan seperti waktunya aku bersama angah

Ayah sekadar menghantarku di pagar sekolah

Tanpa memberi semangat walau sepatah

dan kereta ayah terus berlalu laju

Yang tinggal hanya asap dan kepulannya,menampar mukaku

14 Disember 2005

Hari ini anugerah cemerlang sekolah

Aku mendapat anugerah pelajar terbaik satu daerah

Telah ku khabarkan kepada ibu ayah

Datanglah tengok adik mngambil hadiah

Cukuplah sekadar senyum dan ucapan tahniah

Adik juga boleh seperti angah

Yang selalu cemerlang walaupun kadang kalah

Kenapa ibu ayah tiada menjengah?

16 Disember 2005  

Solatlah ayah, solatlah ayah, solatlah ayah

Aku sayang ayah

Marahlah. Tengkinglah.

Aku tidak mahu ayah dilempar ke apinya kawah

Tahajudku penuh dengan nama ayah

Ya Allah lembut kan hati ayah

18 Disember 2005

Aku dimarah teruk

Air mata yang ku pertahankan sekian lama berderai tiada arah

Hanya kerana aku menyentuh barang angah

Hanya kerana aku buka buku-buku angah

Hanya kerana aku tatap potret keluarga yang dahulunya penuh senyum megah

Kini hambar,kerana tiadanya angah?

Lalu mengapa ayah korbankan kepercayaan ayah kepada Allah?

Bukankah Allah sumber bahagia? Bukankah dunia sementara?

Kita masih ada Allah,ayah.

20 Disember 2005

Perbualan ibu ayah

Tentang rindunya kepada angah

Tentang manisnya senyum angah

Tentang segalanya,tentang angah

Aku mengundur langkah

Biarkan mereka berbicara tentang angah

Sehingga larut malam pekat menjengah

Aku tenung lama surat itu

“Tawaran belajar di Timur Tengah”

22 Disember 2005

Ibu gembira tidak terhingga

Ayah masih masam mencuka

Berpaling muka,mengerutkan segalanya

Bukan aku yang bunuh angah

Aku tekad.Biarkan aku hilang seketika

Di Sungai Nil yang luas tak terkata

Agar ayah tenang tanpa kerutan di muka

Melihat aku yang jelek di mata

23 Disember 2005  

Hari terakhir di Malaysia

Esoknya perjalanan bermula

Ibu ayah berjanji menghantarku; itu buat aku gembira

Melihat senyuman ibu ayah terakhir kalinya

Tatkala mereka berbicara lagi pasal angah,anak tercinta

Tidak mengapa

Senyuman itu aku akan bingkaikan dan letak di ruang hati yang tercalar luka

Tahajudku penuh nama mereka.

Supaya hati terbuka untuk menyembah-NYA

24 Disember 2005

Untuk ibu ayah tercinta

Walau kalian kurang bercakap dengan adik

Kurang bermesra dengan adik seperti waktu dulunya

Kurang bertanya itu ini dengan adik

Tidak mengapa, Allah buat adik kuat perkasa

Dengan hikmahnya dan doa-doa

Ayah,solatlah.Buanglah dunia yang seketika

Doalah supaya sekeluarga kita berjumpa di Jannah-NYA

Allah rindukan  untuk ayah meminta dan menangis kepada-NYA

Adik tidak bunuh angah, itu fitnah yang tiada tara.

***

Puan Azizah menangis semahu-mahunya. Encik Borhan memeluk isterinya, turut menangis seperti tiada hentinya. Penyesalan,kesedihan dan kerinduan semuanya bercampur menjadi satu. Kesal kerana terlalu menangisi dan merindui arwah angah sehinggakan tidak memberi perhatian kepada arwah adik yang dulunya sentiasa memujuk hati mereka selepas pemergian arwah angah. Segalanya telah terlerai.Bukan adik yang bunuh angah,angah yang lemas ketika mandi di sungai kampung itu. Encik Borhan menyesal kerana mempercayai cerita fitnah yang dibawa oleh Mat Topang.

“ Nur Abirah bt Borhan antara mangsa yang terkorban nahas pesawat Boeing 747 ke Mesir”, kenyataan yang terpampang luas di kaca TV malam itu mengejutkan Puan Azizah dan Encik Borhan dua hari yang lalu.

Diari kuning yang dipegang Puan Azizah diletakkan kembali ke dalam laci bilik milik arwah anaknya,Nur Abirah.Matanya merah dan bengkak.

“Azan dah bang, ayuh solat Jemaah.Selepas solat kita baca Al-Quran sama-sama ye?”, ajak Puan Azizah tatkala mendengar azan Maghrib berkumandang.

Encik Borhan senyum dan mengangguk.Hatinya tenang apabila dekat dengan Allah. Tahajudnya juga kian teratur.Tidak lupa juga solat taubat dan doa-doa yang mekar mewangi untuk puteri-puteri mereka yang sedang berehat di Jannah-NYA.

***

Adik tahu kenapa ibu ayah letakkan nama adik sebagai Nur Abirah?

Anak kecil itu menggeleng pantas. Tersenyum di atas riba ibunya,menyerlahkan lesung pipit dalamnya yang indah.

“Nur itu cahaya dan Abirah itu maksudnya wangi. Ibu harap sepanjang hidup adik,adik akan menjadi cahaya yang bukan sahaja terang tetapi juga wangi. Wanginya bukan sekadar bau,tapi wangi akhlak dan aqidah anak ibu ini”,Puan Azizah mencium pipi gebu anak kecilnya itu sebelum menggeletek pinggang Nur Abirah sehingga berderai ketawa dua beranak itu.

***

 

Tazkiyah an-nafs

Bismillah.

Tertarik dengan ungkapan ataupun konsep ” Tazkiyah an-nafs” semasa baca buku    “Ya Allah Jagalah Dia Untukku”. Perkataan ni terdiri daripada 2 kata iaitu tazkiyah ; pembersihan,penyucian atau permunian dan nafs ; ada pelbagai makna – diri, jasad,jiwa,roh atau hati.

To get it simple,it means PENYUCIAN JIWA.

Menurut Burhan Sodiq (2013), tazkiyah an-nafs boleh bagi ruang kepada umat manusia supaya berfikir dan bermuhasabah untuk jadi lebih baik seperti yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Salah satu tujuan Rasulullah SAW diutus adalah untuk membimbing manusia kearah jiwa yang suci dan mendapat keredhaan ALLAH. 

Berbincang mengenai makna tazkiyah an-nafs di dalam alQuran, ternyata mengandungi banyak makna. Bahkan ada yang disebut bukan dgn perkataan “tazkiyah“,tetapi dengan masdar yang lain seperti zakkaha,yuzakkihim, dan tazakka. 

Bentuk-bentuk penyucian jiwa ini dapat dirumuskan dalam 2 aspek iaitu :

  1. Memurnikan keimanan kepada Allah
  2. Taat sepenuhnya kepada Allah

Apa yang saya nak utarakan disini sebenarnya ialah betapa pentingnya tazkiyah an-nafs dalam hidup kita. Ia melibatkan hati ,akal,anggota tubuh dan amal soleh.

Orang yang mahukan pasangan yang suci hatinya,baik amalnya MESTILAH menjadi seperti itu dahulu.

Macam mana nak jadi orang yaang praktiskan tazkiyah an-nafs? Mudah cakap, kita kena PERBAIKI DIRI.Solat 5 waktu yang wajib, tambah solat sunat sedikit demi sedikt, tambah bahan bacaan dari hari ke hari, rajin puasa sunat,tahajud dan ada segala macam cara lagi untuk kita perbaiki diri. Cumanya, MALAS atau RAJIN. NAK atau TAKNAK. Thats it.

Nak cari pasangan bukan mudah.Nak cari bapa kepada anak2 itu senang.Tapi untuk cari seorang murabbi dan muallim kepada isteri dan anak-anak..itu yang mencabar.

Siapakah “dia”? “Dia” ialah cerminan kita.

Semuanya ialah mungkin.Berdoalah!
Semuanya ialah mungkin.Berdoalah!

Rasa Madu!

Bismillah.

Alhamdulillah, It has been few weeks I enjoying my holidays. Well, not that enjoy,actually,since everybody are busy with their own stuffs. Just me, it feels like I stand at the middle of  busy street where everybody is running,walking fastly. And time, they just passed so fast.

The feeling ended on 25 th January.Its my dad’s 56th birthday! Happy birthday Abah! May Allah grant u with Jannah for all things u did.Amiin ya Rabbal’alamin.

Celebrating dad’s birthday, we *actually mom* plan to see sunset and eat somewhere. Yeah. Perfect plan indeed!

Well, on that evening, after eating birthday cake, we headed to Anjung Kuala Restoran Ikan Bakar. This restaurant faces sea and of course it serves us with very beautiful sunset view. SubhanALLAH. Seeing the sun goes down, it just cant describe with words. Since it faces sea, I spend my time to give some lectures on sea to my family. Haha, well, I am Aquatic Science Student 🙂

So, may i let the pictures talk? 😀

DSC01891
We. Three of us. Nilah keja budak pompuan kalau dah ada camera.Haha
DSC01908
Matahari dan sawah. Great combination! Subhanallah.
DSC01930
Restoran ni boleh jugak buat destinasi untuk reunion. Boleh juga kalau nak datang dgn pasangan kalau nak nikmati alam and makan.haha. So, bolehlah hubungi restoran ni sekarang.
DSC01933
Matahari,kenapa awak begitu charming? ^^

DSC01975
Sunset 🙂
DSC01977
final phase of sunset. It tooks only few minutes.
DSC01961
Baru perasan yang gaya mak abah sama.hehe. LOVE MUCH.
DSC01988
Ini beehoon tomyam. Semua jenis haiwan ada dalam ni. hehee plus sedap. Baru rasa tomyam sebenaq baq hang.

 

" nasi goreng anjung" Semua ada.  sedap! hee
” nasi goreng anjung” ada sotong masak tepung,fries,udang.Semua ada. sedap! hee

 

Rasa madu. Means,rasa manis dalam hati.hehe.

Alhamdulillah.