nak jadi seperti siapa?

Bismillah.

Tak ramai yang dapat apa yang diimpikan. Sama macam bila ramai yang jawab nak jadi doktor bila cikgu-cikgu di sekolah tanya “apa cita-cita kamu?” dan end up bila cikgu-cikgu tu jumpa balik those students, ada yang jadi arkitek, engineer, cikgu, saintis marine, dan bermacam lagi jenis pekerjaan,and they love it! Apa jadi dengan cita-cita nak jadi doktor yang dulu?

Memang tak jadi apa, seems doktor bukan ‘untuk semua orang’. dan Allah lebih tahu cita-cita apa yang lebih sesuai dengan kamu. Soal mencari identiti sendiri, kadang-kadang kita deadly nak jadi macam seseorang.Seseorang yang lain – yang kita admire gila-gila dan rasa “bestnya jadi dia”.

Kalau semua orang nak jadi macam diri “dia”, siapa yang nak jadi “kita”? Haa, nampak tak permainan nya disitu? Entah-entah, ada someone else kat planet ni nak jadi macam kita. Cuma kita sahaja yang tak tahu. I mean, macam mungkin ada sorang budak Afrika ni nak jadi macam kita, makan minum 3 kali sehari, pakai cukup dan ada tempat tinggal yang proper?

Diri kita juga ialah “someone” yang akan mengarahkan kepada benda-benda yang baru. Maksudnya, kita bakal mencipta apa yang orang lain tidak cipta. Hanya akan jadi begitu apabila kita betul-betul menjadi diri kita sendiri, percaya diri dan kemampuan sendiri. Jangan takut untuk mencipta sesuatu yang baru – sesuatu yang semua orang di planet bumi ini tak jangka dan tak terfikir.

dan bila begitu..

Boomm! We are really ‘someone’!

Jadi, jangan putus asa dan berdoalah. Kita ialah ‘seseorang’ pada jangka masa ermm mungkin 3,4,5 tahun akan datang? atau tahun depan? bergantung kepada how aggresive the changes we make. Jadi, tak salah nak mimpi-mimpi tingi. The worst can happen to you pun mungkin kawan-kawan akan gelak sampai jatuh rahang mereka bila dengar ‘mimpi’ kita.heh

Akhir kata, jom jadi diri sendiri, dan mula berinvestasi untuk masa hadapan.

youre-amazing

Advertisements

Sebab kita belum bersedia..

Bercita-citalah! Bermimpilah!

“Seruan” yang sering  didengar akhir-akhir ini. Ya.Sudah ramai yang mula mengajak manusia untuk bercita-cita.

Bercerita tentang cita-cita engkau..hmm..

Ia semakin memudar.

Bukan engkau yang memudarkan cita-cita itu,dan bukan juga engkau tidak cukup semangat untuk menggapainya. Tidak.

Cuma, engkau rasa,kudrat kau tak mampu untuk berusaha mencapainya. Engkau sudah mencuba pelbagai cara tetapi engkau rasa seperti ada sebuah dinding besar dan tinggi yang menjadi penghalang. Kau rasa sedih dan kadang, kau menangis hiba di penjuru bilik engkau. Semuanya memudar. Seperti senja yang semakin berlabuh.Menggamit kelam yang semakin pekat,

*Pernah rasa begitu?*

Lumrah dalam bercita-cita. Ada yang tercapai, ada yang tidak tercapai dan ada yang lambat tercapai. Ramai orang, bila bercita-cita, mahukan kejayaan serta merta dan ramai juga yang idamkan itu ini tapi usaha? Tak seberapa.

Tapi,izni, kalau usaha kuat tapi tak capai-capai juga?

Ok. Itu bonus untuk awak. Berusaha tapi tak tercapai juga, mungkin Allah nak bagi awak double triple kejayaan nanti. Satu sahaja yang perlu diingat yang Allah TIDAK AKAN meninggalkan hamba-NYA seorang,terkontang kanting sedih pilu dan hiba selamanya.

Konsep itu perlu diingat,baru kita akan rasa bersemangat untuk lalui ujian yang DIA bagi. Memang, kadang-kadang, kita rasa cemburu melihat kawan-kawan yang berjaya dalam pelajaran, cantik sehingga menjadi model, bernikah awal, maju dalam perniagaan dan sebagainya. Dalam diam, mungkin kita rasa “Bestnya kalau aku jadi macam tu”.

Persoalannya, kenapa kita tidak menjadi seperti itu?

Jawapnnya ialah sebab kita belum bersedia.

Kalau kita menerima kejayaan seperti itu, mungkin kita akan terlalu sibuk sehinggakan pelajaran,dan kehidupan semuanya tidak teratur. Mungkin juga kita akan lalai dengan urusan-urusan itu sehinggakan amal ibadah terpelanting,berselerakan. Bukan kita tidak layak menerimanya cuma kita belum bersedia dan once kita dah bersedia dan Allah tahu kita boleh handle, masa itu DIA akan bagi seiring dengan usaha yang  kita lakukan.

Sebab kita belum bersedia, sebab itu Allah hold sekejap cita-cita kita. Kenapa nak sedih dan ragu? Allah yang cipta kita, DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.

Dalam kita meniti holding process itulah, ALLAH menilai kita. Sama ada kita berhenti berusaha dan berdoa atau kita tetap bersemangat dan terus berdoa. Kata ringkasnya, bagaimana kita menempuhi ujian tersebut. Dengan keimanan atau dengan keluhan dan kekufuran? Muhasabah diri itu perlu untuk melihat sejauh mana hati kita pergi.

Cita-cita itu tak sepatutnya memudar,kawan.

Kita punya jalan lain-lain. Mungkin dia simpang itu, kita simpang ini.

Allah knows, but we never know.

154513_316138631819852_812114366_n
Al Balad | 4

Puisi : Permulaan

Masih ketiduran,nyenyak lena

Mimpi bercambah tak tertanggung minda

Terus bersedih,basah kelopak mata

Mimpi-mimpi,tiada yang bertukar nyata

Lalu terdengar semboyan kuat bergema

Orang lain sudah berlari ke arah indahnya sastera dunia

Kau masih berjalan capit-capit menuju kereta

Ah,tinggalkan kereta,berjalanlah dengan kakimu yang dua

Mencari selipar yang entah ke mana

Mulanya sakit,tetapi kau akan selesa

Berjalan diatas jalan turap,berbatu bata

Itu perkara biasa bagi pengemis sastera

Jangan kau tanyakan adakah mereka juga mengalami perkara sama

Kerana mereka,itu mereka

Kau ialah kau, mustahil untuk kau dan mereka sama

Berjalanlah kau perlahan,jangan berhenti di hujung rasa

Bersedialah untuk menyambut bangga pelangi 7 warna

tumblr_mco99xM0hJ1qi1kpxo1_500

Cerpen : Seungu Lavendar

Saat aku menulis ini, ayah sedang tekun membawa kereta. Memandangkan sekarang jam menunjukkan pukul 4.30 pagi,kenderaan yang melalui Banjaran Titiwangsa ini boleh dihitung dengan jari.Hanya beberapa buah kereta sahaja yang kelihatan.Kabus pagi ternyata masih tebal.Ayah terpaksa memasang lampu tinggi untuk menembusi kabus tebal itu. Lebih kurang beberapa jam lagi kami akan sampai ke destinasi kami,Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian. Khabar gembira yang mengatakan aku ditawarkan untuk menyambung pangajian dalam Jurusan Perubatan dan Pembedahan di universiti tempatan itu ternyata menyenangkan seluruh keluargaku terutamanya ibu dan ayah. Mereka mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaanku. Orang-orang kampung turut berbangga denganku.Apa tidaknya,di dalam kampung itu, aku ialah orang yang pertama yang berjaya melanjutkan pengajianku di universiti. Terasa satu tanggungjawab terpikul di bahuku.Tanggungjawab yang mesti aku galas ialah belajar bersungguh-sungguh untuk kembali berbakti kepada orang tuaku serta masyarakat setempat.

Adik-adikku sudah nyenyak dibuai mimpi. Ibu masih berjaga,menemani ayah memandu. Sudah aku katakan kepada ibu dan ayahku untuk membiarkan sahaja aku menaiki bas ke universiti itu,tetapi mereka bertegas untuk menghantarku. Aku berasa serba salah untuk menyusahkan mereka.Aku sedar akan keadaan keluargaku yang tidak begitu berada. Mereka berkata inilah peluang mereka untuk melihat anak pertama mereka melangkah masuk ke institut pengajian tinggi. Mereka juga tidak berpeluang untuk belajar di universiti dek masalah kewangan yang begitu mendesak.

Ibu mamajak gadaikan semua barang kemasnya selepas mengetahui bahawa aku akan melangkah ke universiti.Ayah meminta dua bulan gajinya daripada waktunya kepada Tuan Borhan, bos di kilangnya. Semua duit itu cukup-cukup untuk mendaftar pengajianku dan sedikit duit poket untuk ke universiti yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Terasa sayu dan terharu hatiku melihat kesungguhan mereka.Lalu,aku tanam sebuah impian yang luar biasa di lubuk hati ini iaitu untuk menjadi seorang doktor dan juga pakar motivasi untuk menanam semangat menuntut ilmu dalam setiap hati anak-anak remaja.

***

Pukul 8 pagi di Universiti Sains Malaysia. Meja pendaftaran di kerumuni ramai. Namun, keramaian itu dileraikan selepas satu suara tegas kedengaran.

“Minta perhatian semua. Diharapkan saudara saudari sekalian dapat membuat satu barisan yang sempurna di hadapan para pendaftar supaya pendaftaran ini berjalan dengan lancar”,suara seorang perempuan kedengaran jelas,nyaring.Wanita itu berwajah tegas,berpakaian kemas,berkasut tumit sederhana tinggi, tudungnya labuh melepasi bahu,mukanya licin dan berbadan agak gempal.

Lalu, semua orang berasak-asak membuat satu barisan untuk mendaftar.

“Orang Malaysia.Semua ingin didahulukan,dimana disiplin orang Malaysia?”, desis hati kecilku sambil melihat gelagat-gelagat yang aku kira kebudakan itu. Sungguh memalukan jika dibandingkan dengan rakyat yang penuh disiplin seperti di Jepun.

“Itu Prof Dr Halimah Sufian.Orang cakap,dia garang”,telingaku tertancap pada satu perbualan.

“Dia garang sebab tak kahwin lagi kot.Orang yang tak kahwin lagi memang semuanya garang!”,perbualan rancak itu dihangatkan lagi oleh rakannya.Lalu, ia  lebih menjurus kepada satu umpatan. Perangai buruk yang dianggap remeh oleh masyarakat Islam.Betapa malunya aku.

“Ini kunci kamu,bilik kamu di blok yang paling hujung sana.Jika kamu tidak tahu,boleh bertanya kepada kakak dan abang senior yang bertugas ye”,jelas pendaftar itu selepas namaku berjaya didaftarkan. Kunci yang tertera nombor blok dan bilikku itu ku capai dan pegang erat lalu melangkah ke blok-blok kediaman sambil mataku meliar mencari blok yang bakal ku diami. Ibu ayah dan adik-adikku turut mencari. Ibu dan ayah di kiri kananku tidak lepaskan peluang ini untuk menasihatiku itu dan ini. Aku tersenyum. Terasa ingin merakam suara-suara mereka,untuk dijadikan pengubat rindu selepas berangkat pulangnya mereka nanti.

“Kak long kena selalu ingat.Kak long belajar bukan sebab ibu ayah,bukan sebab siapa-siapa,kak long belajar sungguh-sungguh untuk diri dan masa depan kak long.Timba ilmu sebanyak mungkin di sini,ingat niat belajar kerana Allah.Allah akan mudahkan urusan kak long”,Ibu memberi “hadiah” berupa nasihat lagi sebelum mereka berangkat pulang.

Ibu tersenyum manis dan mengucup dahiku hangat.Terasa mengalir deras kasih sayang seorang ibu.Air mataku berlinangan tetapi cepat-cepat aku hapuskan.Begitu tinggi harapan ibu kepadaku.Aku mesti cemerlang!

“Ibu doakan yang terbaik untuk anak ibu ini”, ucap ibu di telingaku saat kami berpelukan.

Erat kami peluk,entah bila lagi aku akan pulang ke kampung. Aku mesti dapatkan biasiswa untuk menampung kepulanganku ke sana.

Aku menyalami tangan ayah.Ayah selitkan beberapa keping not wang.

“Ambillah duit ini,buat duit belanja untuk kak long.Kak long tak perlu risau,jika ada apa-apa yang memerlukan duit,telefon ayah saja,ayah akan masukkan untuk kak long”,jelas ayah.Tenang.

Aku melihat ayahku dengan mata yang tidak berkelip.Jika ada seorang ayah yang terbaik di dunia ini, aku pasti bahawa ayahkulah orangnya. Beliau sanggup buat apa sahaja untuk menghantar anaknya bagi mendapatkan pendidikan terbaik.Kesusahan kewangan diketepikan sejauh mungkin.Bagi ayah, hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.

Asap kereta itu semakin lama semakin jauh.Lambaian adik-adikku yang sebentar tadi jelas kelihatan kini hanyalah bayangan.Aku harus kuat.Aku berjalan membawa nama ibu ayah dan orang kampungku.Aku mesti cemerlang.Pasti!

Bertalu-talu suntikan motivasi yang pertama untuk diriku untuk menguatkan hati dan langkahku supaya tidak longlai sebelum waktunya.

***

“For this 6 twins case, I handed to Dr Dahlia Dafinah to handle”, pengumuman yang dibuat dalam bahasa Inggeris oleh Dr Michael John itu mengejutkan aku.Semua mata doktor di bilik mesyuarat itu menghala kea rah aku.

Aku seorang pakar perbidanan yang baru melaporkan diri seminggu yang lepas.Dr Michael John, Ketua Bahagian Obstetrik dan Ginekologi meletakkan harapan yang tinggi keatas diriku.Aku terpinga-pinga. Kes kembar enam ini ialah kes yang serius.Kemungkinan untuk bayi lemas dalam rahim ibunya sangat tinggi dan kemungkinan kelahiran pramatang atau lahir dengan sindrom juga tidak kurang tingginya.

“She is now 8th months of pregnancy. She may give birth early before her due”, penjelasan lanjut oleh Dr Michael buat aku berdebar. Semuanya terletak di tangan aku. Semoga Allah mudahkan urusanku.

***

Doktor! Doktor! Kontraksi rahim Puan Asiah sudah terbuka beberapa sentimeter dan dia sudah sakit mahu bersalin!”,Panggilan Jururawat Alia menusuk jantungku.

“Benar! Wanita yang mengandungkan kembar yang ramai kebanyakannya akan lahir bayi pramatang dan tidak cukup bulan”,desisi hatiku.

Hatiku cuba ditenangkan.Kakiku bergegas ke ruang bilik bersalin,tempat Puan Asiah ditempatkan.Pembantu-pembantu perubatan terpacak dihadapanku,menunggu apa-apa arahan dariku. Jururawat-jururawat bersiap sedia dengan sarung tangan getah dan penutup muka berwarna hijau.Lampu pembedahan dipasang terang,dihala kearah perut Pn Asiah yang memboyot.Pakar bius telah membius Pn Asiah supaya beliau tidak merasakan kesakitan dibedah secara caesar.

Pandangan mata Puan Asiah terhadap aku masih membekas.Beliau sangat berharap kepadaku. Usai berdoa, pembedahan dimulakan. Keadaan bilik bedah sunyi sepi,yang kedengaran hanyalah alunan surah Yaasin yang sentiasa dipasang dalam bilik bedah itu. Sesekali terdengar bunyi alat pembedahan bersentuhan, dan aku mengelap manik-manik peluh di dahiku. Pembedahan ini dipantau oleh Doktor Teebam, seorang pakar doktor yang agak senior daripada aku.

Tepat jam 10 malam,selepas setengah jam proses membedah dan “membuka” lapisan-lapisan perut Pn Asiah, tanda keagungan Allah kini didepan mataku.Aku melihat tangan seorang bayi seakan-akan minta dihulurkan bantuan untuk keluar melihat dunia.Mulut dan hatiku tidak henti-henti bertasbih dan bertahmid memuji keagungan Yang Maha Pencipta. Tangan lembut si kecil itu aku sambut,menariknya perlahan-lahan keluar melihat cahaya dunia.Aku tahu,sementelah bayi yang pertama dikeluarkan,aku mesti bertindak pantas untuk mengeluarkan 5 lagi bayi di dalam rahim Puan Asia.Jika aku terlambat sesaat, mereka akan lemas dan mungkin mati didalam rahim Puan Asiah sebelum dikeluarkan.

Perut Puan Asiah ku buka luas lagi.Seorang demi seorang bayi kutarik keluar.Cepat-cepat jururawat menyambut bayi yang aku hulurkan. Darah Puan Asiah melimpah ruah di dalam bilik bedah itu.Kain-kain kasa yang seawalnya putih,kini semuanya berwarna merah,pekat,saksi perjuangan Puan Asiah melahirkan bidadari-bidadarinya.

Beberapa minit kemudian, bilik bedah yang sebelumnya sunyi kini bingit dipenuhi tangisan-tangisan bayi kelahiran Puan Asiah. Sujud syukurku kepada Allah,keenam-enam bayi perempuan Puan Asiah selamat dilahirkan walaupun 3 daripadanya tersangat kecil saiznya,menandakan kelahiran pramatang. Itu perkara normal dalam kelahiran kembar.Bayi-bayi comel itu diambil oleh pakar neonatal untuk dimasukkan dalam inkubator.

***

 “Puan Asiah sememangnya Asiah!”, puji seorang jururawat. Asiah,isteri Firaun yang menjadi serinkandi syurga sememangnya tabah dan kuat. Ya,Puan Asiah sememangnya kuat dan tabah dalam mengandungkan dan melahirkan puteri-puterinya.Walaupun doktor menyarankan untuk “menghentikan tumbesaran” salah tiga daripada bayi-bayinyanya sewaktu di awal kehamilan,Puan Asiah tetap yakin untuk “mengekalkan” keenam-enam bayi tersebut. Ternyata,naluri seorang ibu begitu murni dan akhirnya kemurnian itu dibalas Allah.

“Alhamdulillah, sememangnya anak itu anugerah yang memberi kekuatan.Doktor Dahlia yang cekap menyambut kelahiran bayi-bayi saya.Saya dapat rasakan tangan Doktor Dahlia menyeluk-nyeluk gigih ke dalam rahim saya,”Puan Asiah berseloroh sambil memandang ke arahku.

Seluruh wad Obstetrik dan Ginekologi itu dipenuhi gelak tawa staf-staf yang terlibat.Semua terbayangkan detik-detik cemas yang berlaku sewaktu pembedahan dijalankan.

Aku tersenyum lega.Allah yang memberi aku kekuatan untuk aku menjayakan pembedahan tersebut. Dr Michael juga mengucapkan tahniah kepadaku.Katanya, bukan calang-calang doktor yang mampu selamatkan keeenam-enam bayi tersebut. Aku hanya tersenyum.Bukan aku “dalang” di sebalik semua ini,tetapi DIA.Dia yang Maha Mencipta dan Maha Penyayang.

***

“Ibu tahu,kak long baru habis pembedahan semalam. Kembar enam,dan semuanya selamat,Alhamdulillah.”,berita gembira itu kusampaikan kepada ibu tersayangku.

Setiap dua hari,aku akan menelefon ibu dan ayahku di kampung. Sengaja aku curi masa sedikit untuk menelefon mereka kerana tahu,semua ini hasil usaha ayah dan ibuku. Tanpa usaha gigih mereka untuk memberi aku pendidikan, tidak mungkin aku boleh berdiri disini,berkolar putih.

Ibu gembira mendengar berita ynag ku sampaikan.Telefon di beri kepada ayahku.Ayah mengucapkan tahniah kepadaku sambil memberi nasihat supaya selalu merendah diri. Katanya lagi,orang Berjaya tetapi suka meninggi diri sebenarnya ialah orang yang tidak Berjaya. Kata-kata itu selalu diulang dan aku tidak jemu mendengarnya.

***

“Adik-adik tahu?”,sengaja aku menarik perhatian mereka, pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Putra Al-Haj.

“Kakak dahulu, tidak senang seperti adik-adik sekarang.Ayah kakak terpaksa berhutang dengan majikannya dan ibu terpaksa menggadaikan barang-barang kemanya demi memberi pendidikan tinggi kepada kakak,”jelasku kepada pelajar-pelajar dihadapanku.

Aku telah dijemput oleh pihak sekolah ini untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan Tiga sempena Seminar Cita-cita 2010.Mereka bakal  menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada awal bulan Oktober ini. Selain itu,aku juga membawa buku-buku motivasi yang aku tulis sendiri sepanjang aku menuntut di universiti suatu masa dahulu. Bukan nama atau wang yang menjadi keutamaanku,tetapi aku ingin menjadi matahari yang boleh memberi sinar kepada bunga-bunga yang layu agar kembali mekar dan segar.

Sepanjang seminar tersebut berlangsung,aku melihat wajah-wajah semangat yang mahu memburu cita-cita mereka. Ada yang datang bertanya kepadaku itu dan ini tentang bagaimana mahu menjadi doktor,pensyarah,peniaga dan sebagainya. Aku bangga punya anak bangsa yang bercita-cita tinggi.Lebar aku senyum. Beginilah rasanya menjadi “matahari”.Puas.

Alhamdulillah.

KOSONG diganti SATU

Bismillah,

Hari ini dah 12 January 2013. Betapa cepat masa berlalu kan?

Nak tulis tarikh pun still tersasul nak tulis 2012. Tahun ni kira macam special sikitlah.. kot? hihi  ; memandangkan aku sekarang dah 21 tahun!

Kalau semalam 20 tahun,sekarang dah 21 tahun.

Alhamdulillah,dah 21 tahun aku lahir kat dunia ni.Just terfikir,apa pengisian diri aku selama 21 tahun ni? Apa yang aku dah improve? Apa yang aku dah buat untuk mak abah?Cukup ka amal ibadat aku kalau aku ditakdirkan mati umur 21 tahun ni?

Jika Sultan Muhammad al Fatih yang berumur 21 tahun dah takluk Constantinople,Izni Arifah Shuib?

Hmm.yang tu lah persoalan yang berlegar kat minda aku sejak aku bergelar 21 tahun ini.

InsyaALLAH tahun ini selain daripada typical azam yang nak jadi anak dan pelajar yang bagus,i got another extraordinary azam tahun ni 🙂 Doakan semoga termakbul!

Hehe,insyaALLAH.Semoga ALLAH mudahkan perjalanan aku menuju-NYA.

Amiin.

Semoga ALLAH mudahkan perjalanan ini.Bismillah.
Semoga ALLAH mudahkan perjalanan ini.Bismillah.