CERPEN

Titanic

“Akak tak sembahyang Maghrib pun tadi.Qadha je lah”, kata kakak itu sambil tersengih di hadapanku.

Aku mengangkat mukaku. Merenung wajah kakak separuh umur itu. Aku yang sedang menyusun baju yang dicuba oleh pelanggan sebentar tadi, kini terhenti seketika. Tidak pasti sama ada kesian atau marah. Yang pasti, hatiku sangat benci kepada perkataan yang terpacul dari mulut kakak itu.

Aku paksa diriku untuk senyum. “Sempat lagi ni, kak. Boleh guna telekung saya”,aku memandang mata kakak itu dengan penuh harap.

“Oh,takpe dik. Cari baju raya dulu, nanti akak qadha bila balik rumah”, jawab kakak itu sambil membetulkan tudungnya. Aku tersentak.

***

” Padan tak baju raya tu?”, kakak itu menyoal anak gadisnya yang baru sahaja keluar daripada fitting room.

“Padan,tapi kaler dia tak sama dengan tema kita lah mama”,anak gadis itu menjawab sambil mencebik mulutnya.

” Tak rayalah kalau kaler tak sama tema”,kakak itu membalas.

dan tiba-tiba aku tersedar tentang sebuah hakikat. Apa sebenarnya definisi raya? Adakah hanya dengan warna baju yang match semuanya atau hari kegembiraan setelah sebulan berpuasa? Apatah lagi membuat persediaan raya dengan mengorbankan waktu bercinta dengan Pencipta kita? Sungguh,definisi itu sudah ‘lari’ banyak.

“oh,inilah dunia sebenar dan inilah ‘pemanasan’ global yang sebenar!”

Dunia kini seperti Titanic. Semakin tenggelam dan akan karam.

***

Seperti biasa, usai Isya’ aku menyelak halaman Al Quran terjemahanku. Mataku kebetulan tertancap pada satu ayat dan ia benar-benar mengetuk hatiku.

Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling dari akhirat.  [Surah Al-Anbiya’ ; ayat 1]

Aku semakin tenggelam dalam khalwatku malam pekat itu. Titis-titis hujan berterusan mengeliuk lentok menari atas atap bumbung rumahku. Doaku buat kakak itu dan segenap ahli dunia yang lainnya. Semoga kita mendapat hidayah dan nur daripada Allah untuk tetap kuat untuk berdiri tegak dan mengangkat takbiratul ihram.

titanic

Titanic di dasar lautan, selepas 100 tahun. Sumber: NatGeo

Advertisements
Standard
Tadabbur Ayat Al-Quran

BISIKAN jangan dipandang ringan!

Farah mengerling dua sahabatnya itu. Sejak dia duduk di sofa itu, Anis dan Ila tidak henti-henti berbisik. Bukan dia tidak tahu, isu memalukannya di kampus sebentar tadi sudah tersebar luas. Ingatkan pulang ke rumah sewanya itu dapat menenangkan hatinya, ini tidak. Rumah dan kampus sama sahaja. Air mata Farah mula bergenang dan kaki mula diangkat menuju laju ke biliknya.

Satu lagi hati terluka pada hari itu.

***

Berbisik-bisik. Siapa yang tidak terasa jika ada orang berbisik-bisik dan kita menyangka mereka itu berbisik perihal kita. Perihal keburukan kita dan perkara-perkara yang memalukan kita. Walaupun perilaku sebegini nampak simple dan “apalah sangat”, tapi kesannya kepada individu itu sendiri sangat besar.Persabahatan yang terjalin juga boleh runtuh.

Disebabkan itu juga perihal berbisik ini menjadi satu asbabunnuzul (asbab penurunan) ayat-ayat Al-Quran dalam Surah Al-Mujadalah, surah yang ke 58.

Ayat yang berkaitan ialah ayat ke 8 sehingga ayat ke 10.

Muqatil bin Hayyan berkata, “Berlaku perdamaian di antara Rasulullah SAW dan orang-orang Yahudi. Apabila seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah SAW lalu, mereka berkumpul dan duduk bersama-sama sambil berbisik- bisik sehingga dia menyangka mereka berbisik untuk membunuhnya ataupun mencelakakannya. Melihatkan hal itu, lelaki yang lalu itu meninggalkan jalan yang mahu dilaluinya. Lalu, Rasulullah melarang mereka berbisik-bisik,namun mereka enggan meninggalkannya,lalu Allah swt menurunkan ayat 8 ini :

Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata sesama sendiri: “(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?” Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Seterusnya, asbabunnuzul ayat 9 dikaitkan dengan perilaku orang-orang munafik semasa zaman Nabi. Menurut Ibn Abbas, apabila Rasulullah mengirimkan sebuah pasukan, lalu dapat dikalahkan, orang-orang munafik berjumpa dengan orang Islam dengan mendongakkan kepala mereka tanda angkuh lalu berkata”Orang-orang sudah terbunuh”. Namun, apabila mereka melihat Rasulullah SAW mereka pun berbisik-bisik dan menampakkan kesedihan mereka. Perbuatan itu sampai kepada Rasulullah SAW dan orang-oran Islam yang lainnya, lalu turunlah ayat ke 9 surah al Mujadalah :

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

Ayat ke 10 juga berbincang berkenaan orang munafik yang berbisik. Menurut Qatadah, orang-orang munafik selalu berbisik-bisik di antara mereka dan menyombongkan diri sehingga menyinggung dan membangkitkan kemarahan orang-orang Mukminin,maka turunlah ayat berkenaan hal itu:

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri

Jadi, jelaslah bahawa perbuatan berbisik bisik yang dipandang ringan dan selalu dianggap sebagai bahan gurauan itu sebenarnya boleh mengundang pelbagai prasangka dan ukhuwah juga boleh goyah!

images (13)Musuh utama kita,syaitan sangat suka jika kita berpecah dan berpaling.                 Allah mengingatkan kita bahawa perbuatan berbisik dengan kejahatan itu ialah satu bentuk hasutan daripada syaitan untuk memecah belahkan sesuatu hubungan.

Akhir kata, berfikir dahulu sebelum berbisik.Mungkin seseorang akan terasa dengan perbuatan anda itu.

Salam Ramadhan yang ke 9!

Standard
Artikel

Bila Hati Tidak Merasa Apa-apa

Saat ustaz-ustazah dan murabbi-murabbiah berkata bahawa hati orang yang beriman itu jika mendengar nama Allah, hatinya jadi gentar.Takut.

Ya,engkau faham.

Tetapi kenapa engkau tidak berasa apa-apa?

Tidak berimankah engkau?

Majlis Islamik yang engkau hadiri. Kiri dan kanan engkau, semuanya menangis hiba,tangisan taubat.

Engkau bertanya sendiri, “kenapa aku tidak menangis?”, “ sudah sempurnakah aku?”

Kenyataannya, hati engkau tidak tersentuh.Masih, tidak merasa apa-apa.

Al-Quran.

Ya. Engkau baca,tetapi engkau tidak merasa apa-apa. Gelisah pun bukan, nak kata tenang, pun bukan.

Entah. Tidak merasa apa-apa.

Tahajud dan dhuha? Er,lama dah engkau ‘pencen’.

Sebabnya engkau tiada masa.Akhir-akhir ini, sungguh banyak assignment yang kena hantar dan hidup engkau terumbang ambing.

Engkau tidak merasakan cinta-NYA itu penting.Yang kau kejar ialah due date , exam dan pointer.

Hakikatnya, hati itu sudah tidak berasa apa-apa.

Hati itu ada,cumanya, ia tidak hidup dan subur. Kontang.

Sedar sahaja tidak berguna. Engkau sepatutnya mencari solusi untuk hati yang sakit seperti itu.Mungkin sudah tiba masanya engkau untuk mengambil satu masa,duduk dan bermuhasabah sendiri. Sambil baring-baring atau melihat alam, masa itulah engkau sepatutnya buat ‘post-mortem’ dengan hati engkau.

Kenapa hati seakan kering?

Kenapa dahulu air mata engkau selalu berjujuran merindui Nabi Muhammad saw tetapi kini, rasanya..biasa-biasa sahaja. Berselawat pun, itupun kalau ingat.

Astaghfirullah.

Engkau harus buat sesuatu. Hati itu tidak boleh dibiarkan usang dan hambar sebegitu rupa.

Tetapkan balik misi dan visi hidup. Tanya diri, apa yang engkau buat sehingga hati separah itu? Sehingga hati selalai itu?

Solat lima waktu pun di hujung-hujung waktu,baru engkau nak solat. Jadi, di mana kualiti solat dalam hidup engkau? Kadang, solat Subuh pun terlepas. Tahajud apatah lagi.

Engkau harus sedar yang disiplinnya manusia kerana solat. Kerana menjaga masa. Solat comes first then do your business. Rugilah manusia jika mendahulukan urusan dunia daripada membina bekalan untuk negeri sana.

Engkau harus rangka semula amal ibadat yang engkau ingin isikan dalam hidup seharian engkau seperti bacaan al-Mulk sebelum tidur, disiplinkan solat sunat dhuha dan istikharah, kerapkan membaca al-Quran dan terjemahan, puasa sunat, tahajud, maathurat dan sebagainya. Engkau buat seperti dulu-dulu. Satu jadual untuk engkau tick beserta kata-kata semangat yang membina.

Mula-mula, memang engkau akan terasa tidak biasa.Tetapi, engkau harus istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam sehari, tambah satu amal dan lama-lama nanti, engkau akan terbiasa melakukannya.  Jadikan waktu-waktu yang Allah berikan kepadamu sebagai waktu yang produktif. Mulakanlah mencari kawan-kawan yang boleh menasihati dan membimbing engkau.

Time passed.

Ala, baru dua tiga hari. Waktu terasa panjang? Haa..itu tandanya waktu kau berkat. Pernah terdengar bila kita berfacebook,waktu terasa cepat berlalu,tetapi bila kita buat sesuatu yang berfaedah, waktu seperti kura-kura.Perlahan merangkak! Maksudnya,keberkatan itu ada.

Berterusan dan tingkatkanlah amalanmu. Banyak berdoa supaya dilembutkan hati dan banyak membaca terjemahan al-Quran dan berfikir. Engkau akan terkejut dengan hati engkau yang mula basah dan lembut. Hati yang kontang itu akan perlahan-lahan disirami dan disuburkan.

Mendekatlah kepada Allah kerana hidup ini, jika bukan kerana Allah, ialah sia-sia.

734774_562411787111999_1358453416_n

First step is really matter.

Standard
Puisi

Puisi : Kau Gila.

Mereka sangka kau gila

Tersenyum sendiri berjalan di bawah panas buta

Tanpa payung besar melindungi kaki dan muka

Asalkan hati kau sejuk,maka payung seperti mereka tak perlu kau guna

Terfikir tentang satu kata bernama cinta

Cinta DIA yang buat panas dan sejuk terasa

Hidup ini senang sahaja

Ikut perintah DIA dan tinggalkan perkara yang DIA murka

Cukup itu destinasi Cinta.

Tanpa cinta itu,tak mungkin kau hidup atas dunia

Belajarlah bersyukur wahai saudara

Kita ini hamba

Punya Allah yang hebat, luar biasa.

Ya ,kau gila.

Gila untuk merebut takhta cinta DIA

270863_10150964406619496_846105088_n

Standard
Puisi

Puisi : Hujan

Hujan di negeriku

Bagai membisik sesuatu

Tentang bagaimana masaku sudah berlalu

Dan ini masa untuk aku berjuang demi ilmu

Hujan di negeriku

Menyuburkan rumput dan bunga yang layu

Tanda adanya Sang Pencinta Yang Maha Satu

Untuk aku berbagi rasa kalbu

Hujan di negeriku

Biar aku bersama rinduku

Dan kamu bersama duniamu

Biar bayu di bawa waktu

Sehinggakan sampai di satu kota kalbu

Di dalamnya ada taman yang penuh rindu

Cukup untuk kau dan aku

silent

Standard
Puisi

Puisi : Ajarkanlah Aku Berpuisi

Aku ingin berpuisi

Seperti layaknya Faisal Tehrani

Seperti sang pujangga Arabi dan Pakistani

Dan sehebat para sahabi

Meluah isi hati melalui kata yang tak pernah basi

Tanpa perlu kata yang mengguris hati

Yang ada hanyalah bingkai kata yang menghias peribadi

Aku ingin berpuisi

Seperti air yang mengalir di lembah Mississippi

Agar isi hati ini, tidak tertangguh lagi

Ajarkanlah aku berpuisi

Agar hati itu dapat kutembusi.

danbo-pebbles-creative-up-net-90254

Standard
CERPEN, Motivasi

Cerpen : Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

Malam itu aku tidah boleh melelapkan mata. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Isi rumah dan isi dunia,semunya telah lena diulit mimpi indah.Bintang-bintang telah malap,malam pekat lagi memekatkan. Tiada lagi kicauan burung atau rengekan manja cengkerik atau cicak. Hanya aku,kepala masih ligat berfikir itu ini. Resah gelisah.

Aku terngiang-ngiang perbualan singkat ibu dan ayahku siang hari tadi.Entah kenapa,aku jadi sayu.Sayu kerana aku sebagai seorang anak juga tidak mampu menolong.Justeru,apa gunanya aku sebagai anak,jika tidak mampu menolong orang tua ku? Persoalan itu melekat dimindaku. Memberat kepalaku. Air mataku berkaca-kaca menahan jatuh.Akhirnya kristal jernih mula menuruni lembah pipiku.Semakin laju.

“Bang, Pak Mail beritahu Mah tadi, hasil padi kita tak boleh jual lagi.Motor tu pulak enjin rosak, Aiman pun dua tiga hari lagi nak masuk universiti.Mana kita nak cari duit bang?”, ibuku berkata perlahan kepada ayahku.

Secara tidak sengaja,aku terdengar tatkala melintasi ruangtamu untuk ke dapur.

Ayah tidak membalas.Senyap.

Aku terpaku.Terfikir sejenak.

” Ayah, adik nak makan ayam, adik dah tak lalu makan telur kicap ni!.”rungut adikku suatu hari. Sudah 2 minggu kami sekeluarga berlaukkan telur dan kicap sahaja. Ibu memandang ayahku dengan sayu. Ada kolam air jernih di hujung mata cantik si ibu itu.

“Adik, kita kena bersyukur tau. Di Afrika sana, telur pun mereka tak jumpa! Kadang-kadang tu..sampai tak makan nasi langsung! Cepat cakap alhamdulillah!,” Aku mencelah.

Sengaja aku mahu padamkan keadaan dengan sedikit nasihat dan tarbiyah. Aku mahu adikku bersyukur atas segala apa yang keluarga kami ada. Cukuplah makanan yang sedikit,hidup yang sederhana.Asalkan Allah tidak dilupa,rumah bersinar dengan tarbiyah.Itu yang menjadi agenda ibu ayahku dalam membesarkan kami dua beradik di dalam rumah beratap zink ini.

“Oh, ibu dan ayahku betul-betul tiada duit”,aku membuat kesimpulan sendiri selepas mendengar perbualan mereka dan mengingat kembali sebab selama dua minggu ini kami hanya berlaukkan telur dan kicap.

Aku berasa bersalah. Kakiku yang tempang akibat kemalangan dua tahun lepas membuatku susah untuk berjalan ke sana sini.Ingin aku bekerja menolong orang tuaku,tetapi ibu dan ayahku tidak membenarkan aku berbuat demikian. Kos ubat-ubatan di tambah dengan kos bakal pengajianku di universiti nanti, membuatku rasa buntu. Terasa seperti ingin menolak tawaran belajar di universiti itu walaupun inilah masanya yang aku dambakan dan cita-cita yang aku doakan di setiap solatku.

Rasa sempit sekali untuk aku bernafas. Terasa aku sebagai beban orang tua ku. Aku nekad. Esok pagi,aku akan mencari kerja di kampung ini untuk dapat sedikit upah.Aku juga akan menolak tawaaran pengajian aku itu. Ya.keputusan telah dibuat.Hatiku naik turun. Menahan esak tangisanku. Aku kasihankan ibu dan ayahkuyang terpaksa berhempas pulas menyara kami adik beradik. Air mataku bercucuran,bahuku terhenjut-henjut menangis.Rasa dunia tidak adil kepada kami.

Aku mencapai terjemahan Al-Quran.Itulah sahaja tempat aku mencari ketenangan. Kalam-kalam sang Pencipta yang penuh hikmah dan ketenangan. Aku ingin mencari ketenangan sebelum aku tidur.

Sengaja aku bukak Al-Quran secara rawak.Dan mataku terus tertancap kepada ayat 36 surah Al-Syura.

Tangan aku mengingil.Badan aku membeku kemas. Mataku dikunci,tidak berkelip.Entah bila air mataku jatuh,kini membasahi ribaku. Hatiku tenang,setenang tiupan bayu di tepian pantai,seperti ombak memukul pantai dan daun berterbangan ditiup angin. Seperti itu ketenangan yang ku rasakan. Demi-Mu ya Allah, aku berasa tenang dan bersalah.Ampunilah hambaMu yang alpa ini Ya Allah!

Bahu ku terhenjut-henjut lebih laju lagi.Air mataku tidak dapat ditahan.Aku terasa kerdil dan mula melutut dan bersujud ke arah kiblat,kearah pusat dunia suci ,Kaabah. Sujud aku disertai tangisan yang membasahi papan lantai rumah usangku itu. Kembang kayu itu mennyerap air mata seorang hamba berdosa ini.Dengan mulut yang terketar-ketar, aku memohom ampun kepada NYA.Panjang sujud itu dan apabila dadaku terasa sesak untuk bernafas,aku bangun daripada sujud panjang itu.Muhasabah diri, mengelap air mata dan air hidungku,mencium kalam suci itu,letak dihatiku terasa hati begitu sejuk dengan sapaan cinta-NYA.Jujur, aku terasa resahku terjawab, cintaku berbalas.Ada DIA yang merancang semua ini. Kemiskinan.Ah..itu hanya ujian. Rugilah aku jika bersedih kerana dunia ini.

Orang yang miskin akan bersama Rasulullah saw dia akhirat nanti.Itu yang junjungan baginda bersabda dalam hadisnya.Aku menguntum senyuman.Berzikir dan berselawat sehinggalah mataku lelap. Aku bahagia.

Allah super hebat. Dengan satu ayat daripada surah Al-Syura sahaja, ia mengubah hidup dan persepsiku kini. Allah cintakan aku.Aku cintakan Allah juga.

Surah Al-Syura ; ayat 36 : Apa pun (kenikmatan ) yang diberikan kepadamu, maka itu adalh kesenang hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan ) yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.

***

Seluruh dewan universiti itu bertepuk tangan dengan gemuruh sekali. Aku melihat semua barisan bangun sambil menepuk tangan.Ada yang mengusap air mata mereka.Dan di sudut itu, ibu dan adikku berpelukan gembira.Ayah yang di atas kerusi roda tiga mengangguk-angguk senyum kepadaku sambil megelap airmatanya. Aku bagaikan terpaku.

Itulah motivasi aku sehingga aku dianugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama di universiti aku yang tercinta ini. Hanya satu kunci. Usaha dan tawakal.

Sekali lagi dan selamanya.Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

rumah-miskin

Standard
Thoughts

Tazkiyah an-nafs

Bismillah.

Tertarik dengan ungkapan ataupun konsep ” Tazkiyah an-nafs” semasa baca buku    “Ya Allah Jagalah Dia Untukku”. Perkataan ni terdiri daripada 2 kata iaitu tazkiyah ; pembersihan,penyucian atau permunian dan nafs ; ada pelbagai makna – diri, jasad,jiwa,roh atau hati.

To get it simple,it means PENYUCIAN JIWA.

Menurut Burhan Sodiq (2013), tazkiyah an-nafs boleh bagi ruang kepada umat manusia supaya berfikir dan bermuhasabah untuk jadi lebih baik seperti yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Salah satu tujuan Rasulullah SAW diutus adalah untuk membimbing manusia kearah jiwa yang suci dan mendapat keredhaan ALLAH. 

Berbincang mengenai makna tazkiyah an-nafs di dalam alQuran, ternyata mengandungi banyak makna. Bahkan ada yang disebut bukan dgn perkataan “tazkiyah“,tetapi dengan masdar yang lain seperti zakkaha,yuzakkihim, dan tazakka. 

Bentuk-bentuk penyucian jiwa ini dapat dirumuskan dalam 2 aspek iaitu :

  1. Memurnikan keimanan kepada Allah
  2. Taat sepenuhnya kepada Allah

Apa yang saya nak utarakan disini sebenarnya ialah betapa pentingnya tazkiyah an-nafs dalam hidup kita. Ia melibatkan hati ,akal,anggota tubuh dan amal soleh.

Orang yang mahukan pasangan yang suci hatinya,baik amalnya MESTILAH menjadi seperti itu dahulu.

Macam mana nak jadi orang yaang praktiskan tazkiyah an-nafs? Mudah cakap, kita kena PERBAIKI DIRI.Solat 5 waktu yang wajib, tambah solat sunat sedikit demi sedikt, tambah bahan bacaan dari hari ke hari, rajin puasa sunat,tahajud dan ada segala macam cara lagi untuk kita perbaiki diri. Cumanya, MALAS atau RAJIN. NAK atau TAKNAK. Thats it.

Nak cari pasangan bukan mudah.Nak cari bapa kepada anak2 itu senang.Tapi untuk cari seorang murabbi dan muallim kepada isteri dan anak-anak..itu yang mencabar.

Siapakah “dia”? “Dia” ialah cerminan kita.

Semuanya ialah mungkin.Berdoalah!

Semuanya ialah mungkin.Berdoalah!

Standard
Tadabbur Ayat Al-Quran

Contohi Nabi Nuh a.s

Seriously kagum dengan Nabi Nuh a.s ! Baginda tak pernah putus asa ajak berdakwah ajak kaumnya beriman sampai 950 tahun lamanya.Walaupun kaumnya kata baginda ahli sihir,gila dan even more.Sampai ada yang ugut baginda :

 “Wahai Nuh! Sungguh,jika engkau tidak berhenti,nescaya engkau termasuk orang yg direjam”

Dan akhirnya,setelah tiba azab ALLAH,kaumnya yang beriman diselamatkan dengan bahtera yang dibuat Nabi Nuh dan yang ingkar ditenggelamkan dengan banjir besar.Isterinya juga termasuk orang yang ditenggelamkan.

Semoga kita selalu berada dalam bahtera Islam,Iman dan Takwa.
Jika bahtera kita masih tidak kukuh,lets start repairing now.Still have time!

Kenapa nabi-nabi tak pernah putus asa berdakwah beratus-ratus tahun wpun sikit yang beriman?Walaupun dihina,dicaci,disakiti?

Dan ketahuilah! Mereka itu ada matlamat yang lebih besar. Manusia yang bermatlamat susah berputus asa. Bila matlamat kepada ALLAH dan Firdausi lebih besar dari segala,ujian dunia yang sedikit tidak memberi apa-apa kesan,malah menjadikan diri lebih kuat.

InsyaALLAH.

Image

Standard
Ramadhan

Ramadhan. Its ended.

Bismillah.

Today is 3 Syawal. Alhamdulillah, it has been 3 days since Syawal started. But, yet I’m still feel the “aura” of Ramadhan. Such a warm feeling!

The beautiful voices of Imam and the crowded masjid – made me really want to meet Ramadhan again.InsyaALLAH. I pray for my next Ramadhan.Amiin.

Blessing. Allah showered us with a lot and a lot of blessing in Ramadhan and the biggest bless HE gave is bless of doing ibadah.

Some people totally change in Ramadhan and carry it along to the following months ; some just do change in Ramadhan and continue to follow their nafs And for sure, I wish to be the first group.

Even Ramadhan is just ended do continue your good deeds. I once read a wisdom quote,

 ” People always collect things to decorate their home,but forget to collect good deeds to decorate their graves”

As this blessing months is just passed, of course syaitan back in business! Huhh.

So, Prepare and Strengthen your iman and taqwa!

=,=

=,=

Standard