CERPEN

Cerpen : Aku Bukan Saintis ( Bhg. 1)

Mei 2017.

Aku membuang pandanganku jauh-jauh. Melihat setiap inci tanah yang diselaputi salji memutih itu. Salji pada hari itu agak tebal, setebal baju-baju yang dipakai oleh semua orang di sini untuk mengemis haba. Hari ini ialah permulaan hujung minggu. Berbanding keluar berjalan-jalan bersama rakanku yang lain, aku memilih untuk mengurungkan diriku di rumah sahaja. Malas untuk mengenakan baju-baju yang tebal itu. Rimas.

Skrin laptopku ditatap. Sebuah senyuman ku hadiahkan kepada satu e-mail yang baru ku terima sebentar tadi. Cawan yang berisi hot melted mocha itu ku letak bersebelahan dengan laptopku.

From : mars@yahoo.com

Subject : Karya

Assalamualaikum,mbak. Saya amat menyukai karya anda. Karya anda menyentuh hati-hati yang beku terhadap alam sekitar. Anda membangkitkan cinta-cinta yang terpadam terhadap hubungan manusia dengan Tuhan, manusia bersama manusia dan manusia terhadap alam. Anda ialah sosok  inspirasi yang seharusnya menjadi teladan buat dunia. Saya menjadi lebih peduli terhadap alam sekitar dan hubungan saya dengan Allah juga semakin nyaman.   

Terima kasih. Teruskan berkarya!

Bahasa Indonesia. Maknanya, orang Indonesia juga membaca karya aku!

Senyumku meleret,melebihi telinga. Rasa puas menjalar dalam hatiku. Kalimah syukur terlafaz  berulang kali di hujung lidahku.

Untuk mengubah mentaliti dan persepsi masyarakat dunia ternyata tidak mudah dan aku bersyukur dalam jutaan manusia di atas muka bumi ini, walaupun hanya seorang yang berubah ke arah yang lebih baik ; itu sudah mencukupi.

Seperti satu celcius suhu dunia yang naik, memberi impak besar kepada paras air laut. Seumpama itu aku kira.

Menulis ialah terapi mindaku dan suara dakyah kecilku, dan sebahagian diriku yang lain berhempas pulas menghabiskan program Doctor of Philosphy (PhD) khusus dalam kajian Hubungan Distribusi Fitoplankton dengan Kualiti Air di pelbagai Jenis Ekosistem termasuklah paya bakau, tasik, laut, dan sungai.

Menjadi pelajar Department of Marine Science and Management di University of Istanbul,Turki ini mengajarku  pelbagai perkara tentang kehidupan dan kebanyakannya aku rakamkan dalam buku-buku yang telah kuterbitkan.

Berpijak di tanah Constantinople ini ialah satu anugerah dan aku akan terus membawa misi “Selamatkan alam sekitar” ini ke mana sahaja aku berada. Itulah tema yang aku selalu juangkan dalam setiap buku ku. Buku kanak-kanak juga aku selitkan tema “Hijau’ itu.

Benih yang ditaburkan oleh pensyarah-pensyarahku tentang betapa pentingnya penjagaan alam sekitar empat tahun yang lalu di Universiti Malaysia Sarawak ternyata kekal tertanam dalam benak jiwaku. Mereka benar benar telah menyalakan semarak api cinta terhadap alam yang satu ini. Benar-benar guru!

Jemariku ligat menaip bab terakhir untuk buku terakhirku di sini dan..

Titik.

Dan “epilog” yang terbaru bakal ku tulis di tanah airku. Esok.

“Assalamualaikum!”, laungan salam dan diikuti dengan gelak ketawa rakan-rakan ku yang lain memecah lamunanku.

“Waalaikummussalam!”, aku menyambut riang. Cepat pula sahabat-sahabatku ini pulang. Merekalah keluargaku sepanjang aku berada di sini. Wajah ceria mereka ku tatap dalam-dalam.

Jika ada satu gadget yang boleh merakam perasaan “bahagia” ini, sudah lama aku rakamkan, agar masa-masa sunyi dan sedihku nanti , dapat aku “on” gadget itu dan merasakan kembali perasaan itu.

Bahagia. Lebih tepat lagi ialah bertuah. Aku bertuah mempunyai keluarga ini.

Mutlu musun? (adakah kamu gembira?)”,aku bertanya Destenur Ahmed, dalam Bahasa Turki sekadar untuk berbasa basi. Walaupun sudah tiga tahun berada di sini, aku masih sukar berbahasa Turki dengan fasih dan hanya tahu perkataan yang mudah-mudah sahaja.

Destenur Ahmed ialah salah seorang sahabatku yang memang berasal daripada Turki. Dia berkulit putih, berhidung mancung dan yang paling tinggi antara kami semua, dan mungkin juga yang paling cantik.

Lama Destenur diam dan melihatku.

Değil (tidak)”, Destenur menjawab. Ada kolam air yang bergenang tubir matanya. Destenur ialah sahabat ku yang paling karib di bumi Masjid Biru ini.

Tersentak. Aku dapat merasakan yang bahang panas mula menjalar dalam mataku dan akan ada kolam air juga yang akan terbentuk. Sayu.

“Cake time!!!!”,gabungan suara Nurinisa Pevla, Izzah Irdina dan Yasmin Mena mengejutkan kami.

“Cake? Whose birthday is today, anyway?”,aku bertanya. Hairan. Selalunya, kek akan wujud di rumah ini tatkala salah seorang daripada kami menyambut ulang tahun kelahiran.

“Nobody lah.”, Izzah Irdina, rakan setanah airku menjawab.

“You will be leaving us tomorrow, right? Let’s eat to the fullest!”, sambung Izzah Irdina.

Izzah Irdina seorang yang ceria dan peramah. Rumah akan sunyi jika dia tiada.

“Ouh, actually, you all don’t need..”, belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Nurinisa Pevla dan Yasmin Mena menyuapku bahagian kek yang besar sehingga muka dan mulutnya comot.

Ketawa memenuhi ruang rumah yang sederhana besar itu. Hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa berserta gurau senda dan salji memutih di luar pun tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.

Andai salji itu mampu membekukan masa,biarlah Tanah Turki ini kekal putih tebal.

***

“So, Dr Naza Tania, how do you do?”,  Perkataan pertama ummi tercintaku saat aku mendarat di lapangan terbang. Rindu betul melihat wajah ummi dan abah setelah beberapa tahun aku tidak pulang ke Malaysia.

“Ummi, no need doktor sangat lah. I am still your Aja, kan?”,kataku sambil mendekatkan pipiku dengan ummi.

Rindu pada sosok wanita mulia itu. Geli pula hatiku mendengar ummi mengusikku dengan gelaran “Dr” yang baru aku terima dua, tiga hari yang lepas. Konvokesyen di University of Turki tempoh hari, ummi dan abah tidak dapat hadir dek urusan syarikat yang menggunung.Aku faham benar situasi itu.

“By the way, where is our big boss?”, aku melihat di sekitar lapangan terbang itu. Mencari big boss keluarga kami. Abah.

“Abah Aja? Cari parking tak jumpa lagi kot? Don’t expect that you touched down this early?”,jawab ummi.  Benar, juruterbang juga mengumumkan yang pendaratan kali ini lebih awal daripada biasa.

Kami berjalan menuju ke kereta.

“Ummi, know what? Tiga tahun Aja stay there, setitik masak lemak kacang cili padi pun I never met!”,aku membuka pendahuluanku untuk mempengaruhi ummi masak menu kegemaranku itu malam ini.

“I gave you recipe, did I?”, Ummi kembali bertanya kepadaku,tangannya melingkar sekitar pinggangku. Lama aku tidak merasakan caj positif ini.

“Did you? Haha. Air tangan ummi different dengan sesiapa pun di dunia ini. Even Aja buat sendiri pun, the taste is not the same”, aku berseloroh. Memang betul, masak lemak kacang cili padi yang ummi buat tidak sama dengan orang lain buat. Tiga tahun tidak menjamah masakan ummi dan abah buat aku terliur setiap kali membayangkannya sewaktu aku di Turki.

“Ada-ada sajalah anak ummi ni,”Ummi tertawa dan mengepit hidungku dengan jarinya.

“Don’t worry, your dish is now on table, my love. Perfectly served!”, Jawapan ummi membuatkan aku ingin melompat. Ummi rupanya telah menyediakan lebih awal menu kegemaranku itu. Sebab itu ummi ialah ummi.

Memahami.

***

“What?”, suara abah menggetarkan gegendang telingaku.

“Cikgu? You must be kidding me, Aja. Come on..”, Abah bersuara lagi.

Hot air balloon at Cappadocia,Turkey.

Hot air balloon at Cappadocia,Turkey.

Advertisements
Standard
CERPEN

Cerpen : Di Hujung Doa (Bhg.1)

Semburan-semburan asid ke dinding perutnya semakin galak,diminta untuk diisi. Sakit gastriknya mula menyerang. Kerongkong terasa kering bagai berada di padang pasir. Selipar yang dahulunya elok,kini semakin usang dan hampir menemui ajalnya.Jalan-jalan yang diterangi lampu neon itu disusuri tanpa ada ada arah tujuan. Orang ramai lalu lalang di kanan dan kirinya. Ada yang berjalan dengan cepat,sambil bercakap telefon seperti seorang menteri yang sibuk dan tak kurang juga yang berjalan seperti bersiar-siar,mengambil angin.

Dia.

Dia berjalan langkah demi langkah.Sambil matanya melilau kesana-sini, menekan-nekan perutnya yang  sudah lama memberi signal untuk diisi.Layaknya hanya dia seorang yang paling selekeh dan mungkin juga yang paling berbau dek tidak mandi selama seminggu. Orang yang lalu lalang melihatnya sambil mengerutkan dahi dan ramai juga yang seakan-akan tidak melihatnya. Manusia selekeh,siapa mahu tengok? Itulah anggapannya.

Dia mula menerima hakikat bahawa statusnya sekarang ialah “pengemis”.Ya. Pengemis jalanan.

Hidungnya kembang kempis menangkap bau makanan enak yang datang daripada restoran-restoran di depan,tepi dan belakangnya. Sudah seminggu jugalah dia menghabiskan makanan-makanan yang tidak dihabiskan oleh pelanggan yang datang berkunjung ke restoran-restoran itu. Itupun jika dia sempat melarikan diri sebelum pemilik restoran itu menjerit dan menghalaunya pergi.Jika tidak, berlaparlah dia sehingga malam yang berikutnya.

Itulah rutinnya. Tidur sepanjang hari di waktu siang, malamnya merayau mencari makanan dan tidur lagi.

***

“Apa? Keluar daripada rumah ini?”,dia terkejut.Bagai terkena satu renjatan elektrik yang begitu tinggi voltannya .Dia  bagaikan tidak percaya yang ayah kandungnya itu sanggup menghalaunya keluar dari rumah mereka sendiri.

Atau mungkin dia sebenarnya anak angkat yang dahulunya dikutip di tepian jalan seperti kebanyakan drama Melayu yang sering ditayangkan.

Pelbagai tanggapan meliar di benak hatinya. Mukanya terasa panas,seperti matahari  gergasi yang tiba-tiba menembusi rumahnya yang berhawa dingin itu. Marah.

“Ayah mahu kau berdikari. Keluar sekarang! Belajar jadi manusia!”, Suara ayahnya begitu nyaring.

Jadi, selama ini dia bukan manusia? Air matanya bergenang. Lalu cepat-cepat ditahannya.Ego.

Terasa seperti ayahnya telah menjatuhkan “talak tiga” ke atasnya lalu keluar meninggalkan rumah mewah itu sehelai sepinggang,tanpa beg berisi pakaian.Hatinya panas dan untuk  menangis sambil mengemas beg pakaian, itu bukan dia.

Ayahnya sudah membuangnya. Sama seperti ibunya yang melarikan diri entah kemana bersama lelaki yang kononya lebih dicintainya atau mungkin sahaja ibu mencintai harta lelaki itu.

Dunia ialah pentas dan mereka ‘berlakon’ dengan cemerlang.

***

“Hei Busuk! Pergi dari kedai aku! Kau bawa malang,tau tak?!”, Tidak sempat dia menyentuh seekor ikan goreng yang tidak habis di atas meja restoran itu,satu suara lelaki memekak telinganya.

Tidak cukup dengan menjerit, pemilik restoran itu mengejarnya dengan penyapu.Dia berlari sekuat hati dan semua orang ketawa melihatnya.Ada juga yang mencemuh sambil menasihati anak-anak mereka supaya belajar dengan bersungguh-sungguh agar tidak menjadi seperti dia.

Dia hanya ingin makanan sesuap. Terasa dunia dan semua orang tidak memahaminya.

Angin malam yang sejuk itu meresap ke tulangnya yang paling dalam. Entah sama ada pasir memasuki matanya atau matanya sakit dijangkiti kuman, matanya berair. Dalam bahasa tidak egonya, dia menangis.Sedih dan hiba.Dia menangis semahu-mahunya.

Lapar itu menyeksanya.

Gelaran “pembawa malang” itu lebih menyeksa jiwa.

Lutut bertemu dada dan kepala ditundukkan rapat, dia menangis sehingga bahunya terhenjut-henjut.Orang ramai yang lalu lalang tidak lagi dihiraukannya.Ego yang menggunung mencecah langit kini menjadi sekecil butiran pasir di pantai. Hiba.

Dia tidak pernah berasa terhina seperti sekarang. Meminta-minta dan disepak terajangkan oleh orang, baginya mati ialah lebih baik. Anak Dato’ Reha yang punya aset berjuta ratus ringgit tidak layak untuk hidup sebegini! Bentak hati kecilnya. Memarahi Tuhan kerana mengaturkan takdir sebegitu teruk kepadanya.

Tiba-tiba,bahunya seperti disentuh lembut.

“Ah,tidak mungkin ada yang mahu mendekatiku!”, hati kecilnya berkata.Kepalanya masih ditundukkan.

Sekali lagi, dia merasakan bahunya ditepuk perlahan. Sambil mengelap sisa-sia air matanya, dia mendongakkan kepalanya.

“Nasi ayam?”,seorang lelaki berbaju ungu dan berseluar jeans tersenyum padanya sambil menawarkan sebungkus nasi ayam yang di bungkuskan dalam bekas polystyrene.

Baginya, lelaki itu ialah malaikat.

Bau nasi ayam yang menggoda hidungnya itu mendorong dia untuk terus mengambil polystyrene di tangan lelaki itu tanpa sepatah kata lalu dia makan dengan rakusnya.

Satu minit berlalu,dan dia sudah menghabiskan nasi ayam itu. Sisa-sisa nasi di tepi mulutnya dikutip dan dimasukkan semula kedalam mulut.Tidak mahu membazir.

“Kenyang?”, Tiba-tiba lelaki berbaju ungu itu menyoal. Dia tidak perasan bahawa lelaki itu duduk bersila di tepinya.

“Kau nak apa? Aku tidak ada duit.” Tanpa menjawab soalan lelaki itu, dia memintas. Dia bingung,kenapa lelaki itu memberi nasi ayam kepadanya. Pasti mahukan sesuatu.

“Atau, dia tahu bahawa aku anak Dato’ Reha dan mahu menculikku untuk meminta ganjaran daripada ayah?”, prasangka mula menjalar dengan subur di benak fikirannya. Dia berdiri, ingin lari daripada lelaki itu. Tetapi, tangannya dipegang memaksa dia untuk duduk kembali.

“Aku Umar. Umar Hisyam”,lelaki itu memperkenalkan dirinya walaupun tidak disuruh.

“Sudah beberapa hari aku lihat kau kena halau dengan tauke restoran itu?”,lelaki bernama Umar itu menyoal sambil menuding kearah restoran yang sering dia dihalau.

“Makhluk kedekut tu?”,dia muncungkan bibirnya,menjuih ke arah restoran yang selalu menghalaunya itu.

“Sisa makanan pun nak simpan! Bodoh!”,sambungnya. Menambah perasa dalam setiap katanya seperti kebiasaan.Tidak hairanlah mengapa dia tidak punya ramai kawan dalam hidupnya.

Umar tersenyum.

“Lepas ni, kau nak buat apa?”, Tanya Umar.

“Tidur”.Jawabnya ringkas.Memang itu rutin tetapnya.

“Selepas itu? Esok? Lusa?”, Umar menyoal lagi.

“Masih seperti ini? Selamanya?”, Umar menduga,tanpa menunggu jawapan daripadanya.

“Hmm..”,dia mula menggaru kepalanya.

Dia mula berfikir. Ada benarnya juga. Sampai bila dia mahu hidup seperti ini.Hidup meminta-minta dan dihina, seminggu pun dia tidak dapat tahan,apatah lagi selamanya? Benar-benar mimpi ngeri.

“Kau..mahu.. tolong aku?”, dia menyoal perlahan. Soalan seperti itu bagaikan penjatuh maruahnya. Sepanjang dia hidup, dia tidak pernah meminta pertolongan dengan orang lain. Semua ayahnya tunaikan. Tetapi,dia sedar, jika dia melepaskan peluang ini, dia akan menjadi pengemis selamanya. Dia mahu keluar daripada dunia kelam itu. Jadi, ego, prasangka dan sombong harus ditolak jauh-jauh.

Umar tersenyum lebar. “Kalau kau mahu tolong diri kau,aku boleh tolong kau”, Umar membalas.

“Hei, tak payah nak falsafah sangat. Aku tak faham. Kau nak tolong aku?”, dia membentak.Kata berbelit yang dilontarkan Umar sukar untuk dia faham.

Umar tersenyum lagi. Geli hati melihat dia yang suka bercakap kasar dan ego. Itu harus diubah.

“Jom, ikut aku!”,Umar lantas bangun berdiri, sambil melihat dia yang masih duduk.

“Kita sekarang ialah kawan”, Umar berkata lagi sambil menghulurkan tangannya untuk dijabat.

Dia tersentak.

Kawan?

Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Sudah lama tiada orang yang sudi mengajaknya berkawan.

Matanya terpana.Melihat satu sosok tubuh yang mahu berkawan dengannya. Manusia apakah ini? Matanya bergenang sayu. Seperti ada satu rasa yang sukar diterjemah olehnya. Satu perasaan suam yang menenangkan menjalar hebat dalam tubuhnya dan tangan mereka pun terjabat erat.

“Ambil barang-barang kau,iku aku!”, Umar memberi arahan.

Dia melihat sekelilingnya.

“Tiada barang apa-apa”, Katanya sambil mencebik mulutnya.

Comel.Umar ketawa.Geli hati.

“Kenapa kau ketawa? Hina aku?”, dia menyoal kasar.

“Taklahhh,kau comel!”,Umar ketawa dan dia pun ketawa.

Mereka berjalan seiringan,seperti sudah lama kenal.

“Eh,apa nama kau?”,tiba-tiba Umar teringat yang dia tidak memperkenalkan dirinya lagi.

“Aku? Aku Absyar. Syahir Absyar”, dia perkenalkan namanya.

“Sedap nama kau!”, Umar menepuk bahunya.

“Orang hensem mestilah nama pun sedap”, dia menempelak.

Gurauan yang pertama buat manusia yang bergelar kawannya. Mereka pun berjalan memecah pekat malam.Satu silaturrahim terbina dan malam pun berlabuh,perlahan.

***

Umar membawa Absyar ke rumah sewanya. Umar ialah seorang pelajar universiti di sebuah universiti tempatan yang menuntut dalam jurusan Seni Visual dan Sentuh.

Dia tinggal bersama 3 orang lagi rakan sejurusannya iaitu Zailani Omar, Abdul Ghafur dan Alaric Idris. Tidak seperti rumah mewah yang selama ini didiami oleh Absyar, rumah sewa itu sederhana sahaja,cukup untuk orang bujang seperti mereka.

“Mulai hari ni, Absyar akan tinggal sebilik dengan aku”, Umar membuat pengumuman di hadapan tiga lagi teman serumahnya itu.

Zailani,Ghafur dan Alaric memandang Absyar dari atas ke bawah, hairan dengan pakaian yang compang-camping dan kumis yang tak terjaga.Layaknya..seperti pengemis.

“Mulai hari ini juga, berukhuwahlah kita,jangan pandang serong antara satu sama lain dan bersahabatlah kerana Allah!”,Umar menyambung lagi kerana sedar pandangan tajam yang dilemparkan kepada Absyar oleh tiga orang teman serumahnya itu.

Absyar terharu.Masih ada manusia yang inginkan ukhuwah dengannya. Jasa orang-orang ini tidak terbalas!

***

“Gila lah kau,Umar! Kau plagiat Kurt Wenner eh?”,rakan-rakan Umar mengelilingi kanvas Umar. Riuh.

Hari itu menjadi hari yang gempar dek satu kanvas.Kanvas Umar.

Umar menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Dia juga bingung melihat kanvas lukisan di hadapannya itu. Lukisan yang bertemakan “Minum Petang” itu kelihatan sangat “hidup”.Seolah-olah karakter, pakaian, kerusi, pinggan, cawan, meja kopi dan semuanya tampak hidup. Apatah lagi lukisan itu diolah menjadi suasana minum petang klasik di istana bersama raja,bendahara dan panglima-pamglima Melayu. Tona warna yang tidak terlalu terang dan tidak pula terlalu lembut ditambah dengan perincian tepat setiap lukisan itu menjadikan semua mata tidak berkelip melihat lukisan itu. Bagaikan lukisan daripada kayangan. Mempesonakan.

“Kau plagiat!”,Qaisar,salah seorang rakan sekelasnya yang sangat pandai melukis menuding jari kepadanya. Satu kelas diam. Mereka faham benar dengan perangai Qaisar yang tidak senang jika lukisan orang lain lebih hebat daripadanya.

Umar terdiam. “Plagiat? Ah..aku juga tidak tahu sumber plagiarism ini!”,bentak hatinya.

Inspirasi : Shanghai Tea Party by Kurt Wenner.

Inspirasi : Shanghai Tea Party by Kurt Wenner.

Sambungan : https://iasvoyage.wordpress.com/2013/04/28/cerpen-di-hujung-doa-bhg-2/

Standard
CERPEN

Diari “Cahaya yang Wangi”

3 Disember 2005

diary

Ayah menengkingku

Aku hanya mengajaknya solat berjemaah

Membaca satu dua kalimullah

Malah,kata cacian dan makian disimbah

Sampai bila ayah akan berubah?

Aku rindu ayah

Ayah yang dulunya tabah dan percaya Allah

sejak meninggalnya angah, ayah berubah

7 Disember 2005

Ayah tidak jamah masakanku

Malah kata ayah,masakanku rasa kaku

Aku tahu, sekaku perasaan ayah kepadaku

Ibu memujukku,katanya ayah memang begitu

Hatinya kaku,sekeras kayu

Tidak. Ayah bukan begitu,ibu

Ayah rindukan angah bukan aku

Tidak mengapa,Allah ada untukku.

10 Disember 2005

Zuhur lagi dan ayah lambat

Aku sengaja ingatkan ayah untuk solat

Ayah tidak bercakap walau satu kalimat

Menghempap pintu kuat-kuat

Tanda benci yang erat

Ya Allah bukakanlah hati ayah yang keras dan liat

Untuk menyembah-MU dan bertaubat

Sebelum ayah dijemput malaikat

12 Disember 2005

Masih hari sekolah

Aku pergi ke kelas tanpa salam dan cium dari ayah

Bukan seperti waktunya aku bersama angah

Ayah sekadar menghantarku di pagar sekolah

Tanpa memberi semangat walau sepatah

dan kereta ayah terus berlalu laju

Yang tinggal hanya asap dan kepulannya,menampar mukaku

14 Disember 2005

Hari ini anugerah cemerlang sekolah

Aku mendapat anugerah pelajar terbaik satu daerah

Telah ku khabarkan kepada ibu ayah

Datanglah tengok adik mngambil hadiah

Cukuplah sekadar senyum dan ucapan tahniah

Adik juga boleh seperti angah

Yang selalu cemerlang walaupun kadang kalah

Kenapa ibu ayah tiada menjengah?

16 Disember 2005  

Solatlah ayah, solatlah ayah, solatlah ayah

Aku sayang ayah

Marahlah. Tengkinglah.

Aku tidak mahu ayah dilempar ke apinya kawah

Tahajudku penuh dengan nama ayah

Ya Allah lembut kan hati ayah

18 Disember 2005

Aku dimarah teruk

Air mata yang ku pertahankan sekian lama berderai tiada arah

Hanya kerana aku menyentuh barang angah

Hanya kerana aku buka buku-buku angah

Hanya kerana aku tatap potret keluarga yang dahulunya penuh senyum megah

Kini hambar,kerana tiadanya angah?

Lalu mengapa ayah korbankan kepercayaan ayah kepada Allah?

Bukankah Allah sumber bahagia? Bukankah dunia sementara?

Kita masih ada Allah,ayah.

20 Disember 2005

Perbualan ibu ayah

Tentang rindunya kepada angah

Tentang manisnya senyum angah

Tentang segalanya,tentang angah

Aku mengundur langkah

Biarkan mereka berbicara tentang angah

Sehingga larut malam pekat menjengah

Aku tenung lama surat itu

“Tawaran belajar di Timur Tengah”

22 Disember 2005

Ibu gembira tidak terhingga

Ayah masih masam mencuka

Berpaling muka,mengerutkan segalanya

Bukan aku yang bunuh angah

Aku tekad.Biarkan aku hilang seketika

Di Sungai Nil yang luas tak terkata

Agar ayah tenang tanpa kerutan di muka

Melihat aku yang jelek di mata

23 Disember 2005  

Hari terakhir di Malaysia

Esoknya perjalanan bermula

Ibu ayah berjanji menghantarku; itu buat aku gembira

Melihat senyuman ibu ayah terakhir kalinya

Tatkala mereka berbicara lagi pasal angah,anak tercinta

Tidak mengapa

Senyuman itu aku akan bingkaikan dan letak di ruang hati yang tercalar luka

Tahajudku penuh nama mereka.

Supaya hati terbuka untuk menyembah-NYA

24 Disember 2005

Untuk ibu ayah tercinta

Walau kalian kurang bercakap dengan adik

Kurang bermesra dengan adik seperti waktu dulunya

Kurang bertanya itu ini dengan adik

Tidak mengapa, Allah buat adik kuat perkasa

Dengan hikmahnya dan doa-doa

Ayah,solatlah.Buanglah dunia yang seketika

Doalah supaya sekeluarga kita berjumpa di Jannah-NYA

Allah rindukan  untuk ayah meminta dan menangis kepada-NYA

Adik tidak bunuh angah, itu fitnah yang tiada tara.

***

Puan Azizah menangis semahu-mahunya. Encik Borhan memeluk isterinya, turut menangis seperti tiada hentinya. Penyesalan,kesedihan dan kerinduan semuanya bercampur menjadi satu. Kesal kerana terlalu menangisi dan merindui arwah angah sehinggakan tidak memberi perhatian kepada arwah adik yang dulunya sentiasa memujuk hati mereka selepas pemergian arwah angah. Segalanya telah terlerai.Bukan adik yang bunuh angah,angah yang lemas ketika mandi di sungai kampung itu. Encik Borhan menyesal kerana mempercayai cerita fitnah yang dibawa oleh Mat Topang.

“ Nur Abirah bt Borhan antara mangsa yang terkorban nahas pesawat Boeing 747 ke Mesir”, kenyataan yang terpampang luas di kaca TV malam itu mengejutkan Puan Azizah dan Encik Borhan dua hari yang lalu.

Diari kuning yang dipegang Puan Azizah diletakkan kembali ke dalam laci bilik milik arwah anaknya,Nur Abirah.Matanya merah dan bengkak.

“Azan dah bang, ayuh solat Jemaah.Selepas solat kita baca Al-Quran sama-sama ye?”, ajak Puan Azizah tatkala mendengar azan Maghrib berkumandang.

Encik Borhan senyum dan mengangguk.Hatinya tenang apabila dekat dengan Allah. Tahajudnya juga kian teratur.Tidak lupa juga solat taubat dan doa-doa yang mekar mewangi untuk puteri-puteri mereka yang sedang berehat di Jannah-NYA.

***

Adik tahu kenapa ibu ayah letakkan nama adik sebagai Nur Abirah?

Anak kecil itu menggeleng pantas. Tersenyum di atas riba ibunya,menyerlahkan lesung pipit dalamnya yang indah.

“Nur itu cahaya dan Abirah itu maksudnya wangi. Ibu harap sepanjang hidup adik,adik akan menjadi cahaya yang bukan sahaja terang tetapi juga wangi. Wanginya bukan sekadar bau,tapi wangi akhlak dan aqidah anak ibu ini”,Puan Azizah mencium pipi gebu anak kecilnya itu sebelum menggeletek pinggang Nur Abirah sehingga berderai ketawa dua beranak itu.

***

 

Standard
CERPEN, Motivasi

Cerpen : Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

Malam itu aku tidah boleh melelapkan mata. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Isi rumah dan isi dunia,semunya telah lena diulit mimpi indah.Bintang-bintang telah malap,malam pekat lagi memekatkan. Tiada lagi kicauan burung atau rengekan manja cengkerik atau cicak. Hanya aku,kepala masih ligat berfikir itu ini. Resah gelisah.

Aku terngiang-ngiang perbualan singkat ibu dan ayahku siang hari tadi.Entah kenapa,aku jadi sayu.Sayu kerana aku sebagai seorang anak juga tidak mampu menolong.Justeru,apa gunanya aku sebagai anak,jika tidak mampu menolong orang tua ku? Persoalan itu melekat dimindaku. Memberat kepalaku. Air mataku berkaca-kaca menahan jatuh.Akhirnya kristal jernih mula menuruni lembah pipiku.Semakin laju.

“Bang, Pak Mail beritahu Mah tadi, hasil padi kita tak boleh jual lagi.Motor tu pulak enjin rosak, Aiman pun dua tiga hari lagi nak masuk universiti.Mana kita nak cari duit bang?”, ibuku berkata perlahan kepada ayahku.

Secara tidak sengaja,aku terdengar tatkala melintasi ruangtamu untuk ke dapur.

Ayah tidak membalas.Senyap.

Aku terpaku.Terfikir sejenak.

” Ayah, adik nak makan ayam, adik dah tak lalu makan telur kicap ni!.”rungut adikku suatu hari. Sudah 2 minggu kami sekeluarga berlaukkan telur dan kicap sahaja. Ibu memandang ayahku dengan sayu. Ada kolam air jernih di hujung mata cantik si ibu itu.

“Adik, kita kena bersyukur tau. Di Afrika sana, telur pun mereka tak jumpa! Kadang-kadang tu..sampai tak makan nasi langsung! Cepat cakap alhamdulillah!,” Aku mencelah.

Sengaja aku mahu padamkan keadaan dengan sedikit nasihat dan tarbiyah. Aku mahu adikku bersyukur atas segala apa yang keluarga kami ada. Cukuplah makanan yang sedikit,hidup yang sederhana.Asalkan Allah tidak dilupa,rumah bersinar dengan tarbiyah.Itu yang menjadi agenda ibu ayahku dalam membesarkan kami dua beradik di dalam rumah beratap zink ini.

“Oh, ibu dan ayahku betul-betul tiada duit”,aku membuat kesimpulan sendiri selepas mendengar perbualan mereka dan mengingat kembali sebab selama dua minggu ini kami hanya berlaukkan telur dan kicap.

Aku berasa bersalah. Kakiku yang tempang akibat kemalangan dua tahun lepas membuatku susah untuk berjalan ke sana sini.Ingin aku bekerja menolong orang tuaku,tetapi ibu dan ayahku tidak membenarkan aku berbuat demikian. Kos ubat-ubatan di tambah dengan kos bakal pengajianku di universiti nanti, membuatku rasa buntu. Terasa seperti ingin menolak tawaran belajar di universiti itu walaupun inilah masanya yang aku dambakan dan cita-cita yang aku doakan di setiap solatku.

Rasa sempit sekali untuk aku bernafas. Terasa aku sebagai beban orang tua ku. Aku nekad. Esok pagi,aku akan mencari kerja di kampung ini untuk dapat sedikit upah.Aku juga akan menolak tawaaran pengajian aku itu. Ya.keputusan telah dibuat.Hatiku naik turun. Menahan esak tangisanku. Aku kasihankan ibu dan ayahkuyang terpaksa berhempas pulas menyara kami adik beradik. Air mataku bercucuran,bahuku terhenjut-henjut menangis.Rasa dunia tidak adil kepada kami.

Aku mencapai terjemahan Al-Quran.Itulah sahaja tempat aku mencari ketenangan. Kalam-kalam sang Pencipta yang penuh hikmah dan ketenangan. Aku ingin mencari ketenangan sebelum aku tidur.

Sengaja aku bukak Al-Quran secara rawak.Dan mataku terus tertancap kepada ayat 36 surah Al-Syura.

Tangan aku mengingil.Badan aku membeku kemas. Mataku dikunci,tidak berkelip.Entah bila air mataku jatuh,kini membasahi ribaku. Hatiku tenang,setenang tiupan bayu di tepian pantai,seperti ombak memukul pantai dan daun berterbangan ditiup angin. Seperti itu ketenangan yang ku rasakan. Demi-Mu ya Allah, aku berasa tenang dan bersalah.Ampunilah hambaMu yang alpa ini Ya Allah!

Bahu ku terhenjut-henjut lebih laju lagi.Air mataku tidak dapat ditahan.Aku terasa kerdil dan mula melutut dan bersujud ke arah kiblat,kearah pusat dunia suci ,Kaabah. Sujud aku disertai tangisan yang membasahi papan lantai rumah usangku itu. Kembang kayu itu mennyerap air mata seorang hamba berdosa ini.Dengan mulut yang terketar-ketar, aku memohom ampun kepada NYA.Panjang sujud itu dan apabila dadaku terasa sesak untuk bernafas,aku bangun daripada sujud panjang itu.Muhasabah diri, mengelap air mata dan air hidungku,mencium kalam suci itu,letak dihatiku terasa hati begitu sejuk dengan sapaan cinta-NYA.Jujur, aku terasa resahku terjawab, cintaku berbalas.Ada DIA yang merancang semua ini. Kemiskinan.Ah..itu hanya ujian. Rugilah aku jika bersedih kerana dunia ini.

Orang yang miskin akan bersama Rasulullah saw dia akhirat nanti.Itu yang junjungan baginda bersabda dalam hadisnya.Aku menguntum senyuman.Berzikir dan berselawat sehinggalah mataku lelap. Aku bahagia.

Allah super hebat. Dengan satu ayat daripada surah Al-Syura sahaja, ia mengubah hidup dan persepsiku kini. Allah cintakan aku.Aku cintakan Allah juga.

Surah Al-Syura ; ayat 36 : Apa pun (kenikmatan ) yang diberikan kepadamu, maka itu adalh kesenang hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan ) yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.

***

Seluruh dewan universiti itu bertepuk tangan dengan gemuruh sekali. Aku melihat semua barisan bangun sambil menepuk tangan.Ada yang mengusap air mata mereka.Dan di sudut itu, ibu dan adikku berpelukan gembira.Ayah yang di atas kerusi roda tiga mengangguk-angguk senyum kepadaku sambil megelap airmatanya. Aku bagaikan terpaku.

Itulah motivasi aku sehingga aku dianugerahkan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama di universiti aku yang tercinta ini. Hanya satu kunci. Usaha dan tawakal.

Sekali lagi dan selamanya.Allah cintakan aku. Aku cintakan Allah juga.

rumah-miskin

Standard
Personal

Rasa Madu!

Bismillah.

Alhamdulillah, It has been few weeks I enjoying my holidays. Well, not that enjoy,actually,since everybody are busy with their own stuffs. Just me, it feels like I stand at the middle of  busy street where everybody is running,walking fastly. And time, they just passed so fast.

The feeling ended on 25 th January.Its my dad’s 56th birthday! Happy birthday Abah! May Allah grant u with Jannah for all things u did.Amiin ya Rabbal’alamin.

Celebrating dad’s birthday, we *actually mom* plan to see sunset and eat somewhere. Yeah. Perfect plan indeed!

Well, on that evening, after eating birthday cake, we headed to Anjung Kuala Restoran Ikan Bakar. This restaurant faces sea and of course it serves us with very beautiful sunset view. SubhanALLAH. Seeing the sun goes down, it just cant describe with words. Since it faces sea, I spend my time to give some lectures on sea to my family. Haha, well, I am Aquatic Science Student 🙂

So, may i let the pictures talk? 😀

DSC01891

We. Three of us. Nilah keja budak pompuan kalau dah ada camera.Haha

DSC01908

Matahari dan sawah. Great combination! Subhanallah.

DSC01930

Restoran ni boleh jugak buat destinasi untuk reunion. Boleh juga kalau nak datang dgn pasangan kalau nak nikmati alam and makan.haha. So, bolehlah hubungi restoran ni sekarang.

DSC01933

Matahari,kenapa awak begitu charming? ^^

DSC01975

Sunset 🙂

DSC01977

final phase of sunset. It tooks only few minutes.

DSC01961

Baru perasan yang gaya mak abah sama.hehe. LOVE MUCH.

DSC01988

Ini beehoon tomyam. Semua jenis haiwan ada dalam ni. hehee plus sedap. Baru rasa tomyam sebenaq baq hang.

 

" nasi goreng anjung" Semua ada.  sedap! hee

” nasi goreng anjung” ada sotong masak tepung,fries,udang.Semua ada. sedap! hee

 

Rasa madu. Means,rasa manis dalam hati.hehe.

Alhamdulillah.

Standard